Monday, May 16, 2011

'Hadiah' Hari Guru (?)

Guru...
Dalam begnya ada pen lebih banyak daripada duitnya.
Dalam tangannya ada marker lebih banyak daripada cincinnya.
Dalam keretanya ada buku lebih banyak daripada tayar sparenya.
Dalam almarinya ada kertas soalan lebih banyak daripada bajunya.
Dalam rumahnya ada lebih banyak anak murid daripada anaknya.
Dan dalam hatinya ada kasih lebih banyak daripada amarahnya.

Hari Guru tahun ni rasa semangat tiba-tiba. Pegi celebrate dengan housemates dekat Pantai Teluk Ketapang. Simple, tapi seronok. 



Tapi ada satu yang tak best. In fact sangat mengecewakan. Pagi tadi pegi IPG (maktab) ada final discussion dgn lecturer before exam. Tiba-tiba dengar bunyi bising-bising motor dekat depan maktab. Bingit gila! Gua hangin dah. Sbb sy mmg benci dengar bunyi motor mengeram-ngeram(?) ah apa bahasa aku guna ni. Terus rasa nak maki hamun. Sampai habis discussion, bunyi bising makin menjadi-jadi. Masa tu dalam pukul 11. Saya terus keluar kelas nampak dekat luar pagar maktab betul-betul ratusan budak sekolah menengah tengah merempit buat wheely. Depan maktab kitorang ada sekolah menengah. Haramjad punya perangai. Sumpah aku benci tengok perangai mat rempit otak letak kat kepala lutut. Pegi mams.  


Sebab bengang sangat sy terus call polis nk buat report. Hamek kau geram aku! (Eh guna handphone call 999 free eh? tak perasan pulak. Kebetulan kredit mmg tengah banyak yela takde sape nak msg kan :P )
Tapi bila ringing je terus pass phone kat member, suruh dia yg cakap dengan polis HAHA poyo gila aku semangat taik ayam tapi cakap dengan polis pun penakut! :D
Ah pedulik apa aku, at least sy call jugak daripada orang lain yg boleh buat tak tau je tengok budak-budak tu. Sementara kawan saya cakap dengan polis tu, sy pun pegi maki hamun budak-budak durjana kaki rempit kepalahotak tak cukup tajam tu. (maki hamun dari dalam pagar je dorang tak dengar pun ihikhik :P)


Tapi yang terkejutnya tahu polis tu kata apa. "Cik, sebenarnya itu memang tradisi budak-budak sekolah kat sini sambut HARI GURU setiap tahun. Semua sekolah dekat Kuala Terengganu ni memang buat macam tu." WTF WTF WTF WTF!!!! (sukati kau lah nak sebut ape, what the frog! what the fun! what the fireman! what the fish!)
Dengar mcm tu terus saya mengamuk. "Eh habis polis tak boleh buat apa-apa tindakan ke? Takkan nak biar je??!!" (hnnss hnsss!! *dada berombak-ombak tahan marah HUAHUA*)
"Semua anggota polis sekarang tengah turun ke semua sekolah menengah untuk halang aktiviti tu."


Tak lama lepas tu, ah tak lama apa, lama kot! baru ada kereta peronda polis datang kat sekolah tu. Yang peliknya, cikgu-cikgu sekolah tu boleh biar je murid-murid dia buat macam tu? Kitorang buat kesimpulan, cikgu-cikgu pun dah tak mampu halang budak-budak tu.


Zaman sekarang, bukan murid takut kat cikgu. Tapi cikgu takut kat murid. Sungguh.


Tau macam mana kecewanya rasa bila sambutan Hari Guru macam ni tradisinya?
Tau macam mana rasa terhinanya bila sambutan Hari Guru macam ni caranya?


Kalau macam ni lah gayanya anak-anak dan adik-adik semua, TAK PAYAH ADA HARI GURU PUN TAK APALAH. 
Tak payah sibuk nak hargai guru dengan sambutan Hari Guru kalau perangai masing-masing kalah beruk.


Gila. Honestly, budak-budak Kuala Terengganu ni memang teruk. Sorry to say. 
Apa jenis jenayah yang budak-budak sini tak buat? Kalau tengok berita, zina, buang anak, dadah, rempit, bunuh, kebanyakannya kes kat Kuala Terengganu. Serius.




Tadi saya nampak bulan. Tapi kali ni jauh sangat.


Bila nak muncul balik? Tahu saya tunggu??


Esok pegi main kuda. Last!

2 comments:

Muhammad Warouq bin Qamar said...

Dalam begnya ada pen lebih banyak daripada duitnya.

yg ni bohong.

Cik Mas said...

betul la hoih. duit lebih simpan dlm bonet BMW kot. kehkeh (yang ni lagi BOHONG!)