Sunday, December 19, 2010

Nostalgia Cinta Ayah dan Mama

Baru sampai dr PD, penat gilos tp seboleh mungkin takmau tido lepas Asar jadi mari kita update blog okay darling :)
Ingatan Atas Hati:
Dpd Maimunah RA beliau berkata : “Aku mendengar Rasullah SAW bersabda : “Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah SWT akan menurunkan azab siksa kpd mereka seluruhnya” - Curik dari FB Cik Nashie


Oh, actually sy dan family baru balik dr reunion Ayah punye intake masa mula-mula masuk rekrut dulu, Intake 32. Dekat Port Dickson, start tengahari semalam sampai petang tadi. Dah nama pun reunion of courselah banyak cerita zaman tok kaduk dulu keluar semula kan. Banyak cerita yg Ayah cerita kat ktorg lagi-lagi bila tadi ada lawatan kat tempat latihan Ayah dulu, PULAMOR. 

Petang semalam ada tournament bowling. Ayah banyak kali strike walawehh bravo la Ayah!! Tapi tetap tak menang hahaaaa :D

But still the best part was kisah nostalgia cinta Ayah and Mama yang sejak ktorg kecik lagi Ayah and Mama ceritakan setiap kali pegi PD :)
Mama orang Kedah, Ayah orang Kelantan tapi tempat perkenalan dorang dekat PD. Tapi setiap kali bukak cerita tu mesti dorang gaduh tapi gaduh-gaduh gedik la haha. Yela kan, Ayah kata Mama yg ngorat dia dulu tapi Mama pulak kata hey bila masa tah, Ayah yang gatal kirim2 salam kat Mama! Heheh skali sekala dorang nampak comel jugak bila gaduh mcm tu :D
Honestly, Mama dgn Ayah tak romantik pun dekat rumah so sy tak sngka yg dorg ada kisah cinta yg unik jugak. Tak romantik tak romantik pun dorang dah ada lima orang anak okay hehe tahniah tahniah! :D 

Masa tu Mama kerja dekat RTM KL, and Ayah dah habis rekrut and kerja dekat PD. One day, kem tmpat Ayah kerja buat Family Day and Mama TERjoin Family Day tu so itula first time dorang kenal. TERjoin means Mama actually pegi sana sebab kena heret dengan kawan-kawan Mama yg couple dgn kawan-kawan Ayah yg satu tmpt keje dgn Ayah kat sana. Tapi dorang tak tangkap cintan terus, sebab Mama tak suka pun kat Ayah masa tu hehe. Lepas Family Day tu, Mama selalu temankan kawan Mama yg couple dgn kawan Ayah tu pegi dating, and kebetulan Ayah pun ada sama. So maybe dari situ dorang start kenal rapat and lama-lama becinta. See Mama and Ayah pun bercinta siap sorok-sorok dari parents tau! So tak bleh salahkan anak-anak kalau anak-anak nak becinta kan kan kan hahaaa :P Okay last-last kawan Mama yg couple dgn kwn Ayah tu tak jadi kahwin tapi Mama dgn Ayah pulak yang jadi... heheee... Tu lah kan, jodoh..... :)



Oh, teringat masa sy first time nk main bowling lbh kurg 10thn lepas. Zaman jahiliyah, budak kampung baru pindah bandar katakan. Curi-curi pegi bowling dgn kawan-kawan kat Seremban Parade, waktu nk amek kasut bowling abang kaunter tu tnya sy nk saiz ape. Sy tnya balik, paling kecik saiz ape? (menyedari kecacatan saiz kaki yg tak padan dgn saiz bdn yg gemok) Then abg tu jwb "Saiz 24". Lalu sy pun balas dgn yakin, "Okaylah sy nak saiz 24". Hah hamek kau kena gelak dgn abg kaunter tu dan kawan2nya yg mcm bongok. Bila dah sedar kena tipu, rasa nak angkat meja kaunter tu hempuk kepala dorg sekor-sekor. Budus! -______-

 Malam pulak ada BBQ.. plus karaoke. Sy mkn tak banyak malam tu so tak rasa menyesal and gemok sangat :P



 Mula-mula mmg makan pakai sudu garpu pisau semua tapi lama-lama dah malas nak berprotokol-protokal bagai. Last-last bila part nak ratah ayam guna tangan terus. Janji kenyang huah huah huahh. Lagipun hotel ni haprak, so tak heran. Kalau hotel 5 bintang baru boleh belagak.

Pagi tadi Ayah banyak cerita pasal ragging masa dia rekrut dulu. Sumpah dahsyat gilerk arh ragging askar nih! Mmg mcm hell gilerlaaa ha kan kan sy pun dah cakap serupa askar kena maki dah. Ragging ni satu tradisi kan, bila dorang dh tauliah dorg pulak buli rekrut baru. So Ayah pun tak terkecuali. Antara yg Ayah penah kena and then dia kenakan balik rekrut junior : Jurulatih aturkan 4/5 org dlm satu line then amik sebijik pisang. Dia makan kunyah-kunyah pisang tu smpai lembik then dia keluarkan pisang tu dari mulut and pass kat org sebelah, org tu kunyah2 lagi and then keluarkan and pass kat orang seterusnya pulak and buat benda yg sama sampailah org last. and org last pun lepas kunyah kena keluarkan balik dan semua org kecuali jurulatih kena amek sorg sikit pisang tu and makan balik, telan! OMG gila kembang tekak dgr cerita Ayah tu. Serius sy cubit-cubit Ayah sbb terlalu geli membayangkan kejadian tesebut!!! *muntah*

 Tapi sy masih menyimpan cita-cita utk memandu kereta tangki ini (tank) pergh mesti sy nampak kacak dan cool gila!

Okay, serius penat gila. Sy mahu panjat katil awal malam ni. Sy mahu tido dgn aman dan dgn penuh rasa kasih terhadap bantal. 

Nota Bawah Kaki: PENGALAMAN IALAH GURU TERBAIK :)

2 comments:

theSUNNAHappetite said...

Someone's been stalking my fb lately :p

Cik Mas said...

maybe that someone is missing u so much :P