Orang selalu kata jadi cikgu best sebab banyak cuti. Kejapkejapcuti kejapkejapcuti. Pastu keje sampai tengahari je bapak sedap! Ha'ah yelah tu kan. Kau belum tengok cikgu-cikgu yang teruk kena buli sampai tak cukup tidur tak cukup makan tak cukup kasih sayang. Cuma satu saya suka, nanti bila dah keje, cikgulah pekerjaan bergaji tetap yang tak payah apply CUTI RAYA tetiap tahun! Askar, polis, bomba, pertahanan awam semua selalu tak dapat cuti raya tau! Ha, PILOT pun :)
Hah setembam baju tak berlipat. Punyalah takde masa exam ni (kononnyelah, padahal malas :P )
OK taulah cuti tiga minggu je kan itupun nak kecoh! Bukan macam budak U pun cuti 3 bulaann TERANGKAT MAK, nyah!! Sy tak pasti transformasi apa yg pihak Universiti seluruh Malaysia tengah buat sekarang tapi dengar citenye dorang nak selaraskan cuti U kat M'sia ni dgn U luar negara so sekarang budak U cuti macam biasa and next sem dorang start on September sama dengan U overseas. Gila bapak ah sedapla korang cuti wehhh. Tapi kan, macam bosan jugak cuti lama-lama. Duit (scholar/PT) tak masuk jugak kan. Excepts for kebanyakan dorang yg tengah praktikal sekarang mcm Cik Arinah yang kepochi, Cik Faeza yang jelita, Cik Zalehasaffa yang manis and Cik Belahan Jiwa kat melben :) Bila praktikal time ni terisi jugakla waktu cuti dorang.
Pastu bila dah jadi camni nanti lambat la kot dorang grad. Macam Cik Ecah kat UIA. Sepatutnya dia buleh grad by 2012 tapi disebabkan perubahan tiba-tiba ni, dia dijangkakan grad 2013. Bleerrgghh penat hokkaayy??
Dan apa point aku beletiaq pasal cuti-cuti ni ha! Pointnya, our 5th Semester officially ENDS TODAY YEAAAAYYYY!! Takyah nak Yeayy sangat la kan, exam haprak kot? Tapi sy tak fedulik lah, JUST FORGET THE PAST. Doa jelah result nanti taklah teruk mana even dah boleh agak pointer akan ghaakk ghaakk dooom lagi sem ni!
And takyah nak Yeayy sangat jugak sebab ermmm... esok balik Seremban, memanglah seronok tapi sy kena drive sorang-sorang takde teman so itu yg paling buat sy rasa malas nak balik sekarang ni. 8 jam dari KT ke Seremban, drive sorang-sorang ommaaa bosannye dunia! :(
Memanglah konvoi tapi kereta lain dorang ada partner masing-masing. Bila ada partner semangat sikit nak drive jauh-jauh camni boleh buat kawan nak sembang-sembang. Bila sorang-sorang adoi lemahla. Aku ni dah lah suka tido, alaaahaaaiii! T____T
Oh how i wish i could find a veghi-veghi-trusted-codriver so that bolehlah aku tido dalam kereta ahh sedapnyeee -____-
Can someone be my driver puhlissssss??? :D
Eh ini bukan driver ini pilot! Hikhik.
HI, HANDSOME! U LOOK LIKE A GAY.
Aippp aippp, takbleh camtu. Kena semangat jugak ok! Nak balik jumpa mama dengan ayah kan. Balik jumpa adik-adik. Balik jumpa kawan-kawan. Balik jumpa Seremban :)
OK SEMANGAT SEMANGAT!!
Si Katak Hijau ni pun dah basuh petang tadi. Minyak pun dah isi penuh. Baju pun dah iron. Esok bangun awal, check air bateri kereta and gi isi angin tayar. Lepas Subuh pasukan Konvoi Anak-anak Selatan nak gerak pulang. Mama Ayah Adik-adik dan Kawan-kawan tolong doakan kitorang selamat sampai.
Alaaa still rasa berat hati la nak drive esok. Please la please la please laaa :(



2 comments:
siapa kata cikgu free and banyak masa meh aku cedok tulang rahang dia dengan buku lima. aku terajang-terajangkan sekali. (mode bengang tunang sendiri kena buli dan dipaksa-paksa pergi kursus tak berkaitan setiap minggu, perkhemahan KRS padahal takda pengalaman, diambil kesempatan oleh cikgu-cikgu tua bangsat suruh buat semua kerja, tak pernah ada masa kat rumah even hari sabtu serta menjadikan tunang aku semakin kurus dan sakit-sakit. ****!)
ha betul! kan dah kata, cikgu baru mmg selalu kena buli. lagi satu, cikgu skolah bandar mmg camtu la peelnye. buli.
harap kak dian bertabah :)
Post a Comment