Monday, May 16, 2011

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara (?)

Nota Atas Angin:
People walk in and out of our life. But only true friends leave footprints in our life. 
 Yes you left 'footprints' in my life.



Saya tengah study. Bertemankan secawan instant coffee (nescafe) cap ayam. eh cap Giant! (paling murah) dan sebotol Eyemo. Nescafe la senang kata. Eh tak tak, bukan secawan. Ni dah cawan ke bape tah. 3 kot.

 Buku, Pen, Highlighter, dan Nescafe. Ah poyo je aku study konon-kononnya!


Tiba-tiba sy teringat... sy bukak balik message dulu-dulu. Sy baca balik semua. Satu-satu, every single words sy baca tak tinggal satu pun.
Mata dah berair. Tapi baca jugak lagi. Bukan nangis, tapi pedih mata mengadap laptop lama-lama.
(nak nangis tapi tahan. tahan masirah tahan! Don't push!! haha. Ssrrreeettt *lap hingus*)
Ya Allah sumpah aku rindu! 


Secawan Upin&Ipin comel (mug free beli Colgate 2 kotak RM13.89 mahal!!) dan sebotol EyeMo buat titik mata bila rasa tak larat.



Tiba-tiba lagi, sy teringat satu blog sorang kakak ni. Blog yang selalu sy stalk. Sejuk hati baca entry-entry dia. Saya tak boleh lupa satu persoalan yang kakak tu timbulkan dalam satu entry dia dalam dua bulan lepas. Tentang solat Tiga Pagi.


duhai anakku,
apa kau bangun tiap lewat malam
buat menyampaikan hajat,
memohon taubat,
meminta dimudahkan segala,


atau kau bangun semata-mata kerana bernama hamba?


jadi katakan sayang,
andai tak ada syurga dan neraka;
apa kau sudi juga?


mengorbankan segala tidurmu buat Dia?


andai tak diciptakanNya syurga dan neraka,
apa kau masih sudi menjadi hamba?


Sampai sekarang pun sy duk tanya diri sendiri. Tapi malang lah kan, sampai sekarang jugak takda jawapan sikit pun.


Tak suka layout baru ni. Dahlah kaler pink. GEDIK! 
Tapi layout lama terdelete sebab tangan gatal tak reti duduk diam. Pastu malas nak tukar balik. 


Nak kek comel macam ni!! :D

Happy Teacher's Day, yaw!!
Akhirnya lepas bertahun-tahun tema Hari Guru tahun ni bertukar jugak.
"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" (kalau tak silap la, haha :P)
Tapi tahun ni IPG tak celebrate Hari Guru sebab ada batch yang dah start exam hari ni. 
Maybe kitorang celebrate sendiri-sendiri kat rumah, kek dah beli. Haha poyo gila celebrate Hari Guru, nak sedut semangat kononnya :D
Pheeww bukan sng oooiii nak handle budak-budak zaman skarang! T___T


Nota Bawah Kaki 1: Kalaulah kuda pandai baca SMS, lama dah aku SMS cakap i miss you! :(
Nota Bawah Kaki 2: Tidur peluk BCC. Again.


Soal hati jiwa dan perasaan ni kalau bercerita memang takkan habis..... selagi hidup. 

BYE!!

No comments: