Saturday, May 28, 2011

Driving Is Not Fun. And Sleepy. And Risky.

Ini mungkin kesinambungan daripada entry kelmarin yang sy duk pungpang-pungpang cakap pasal berat hati nak drive balik Seremban dari KT tu. Ecehh kesinambungan takboleh blah! :D

Jadi, perasaan berat hati tu mmg lah sampai ke sudah duk rasa macam tu jugak. Gua punya bedebar tataula apesal tapi serius rasa tak seronok start dari awal perjalanan lagi. Mungkinlah, perasaan kita tu kadang-kadang bawak maksud. Instinct eh omputeh kate? :D

So semalam kitorang gerak lebih kurang pukul 6.30 pagi. Konvoi 3 bijik kereta. Wani dgn partner dia Kak Zu, Mieza dgn bopren dia Iman dan sy belakang sekali (sebab sy tatau jalaaann heee) 
And macam-macam cabaran tepaksa hadapi dengan gigih tabah dan kental.
 
"Senaraikan cabaran-cabaran yang anda lalui beserta huraian".

Cabaran 1: HUJAN

Start dari pukul 4 pagi lagi dah hujan lebat siap dengan guruh kilat sabung-menyabung gegak-gempita semua. Kebetulan sy bangun awal. Cuak tengok keadaan waktu tu. Kain sidai kat luar bergayut-gayutan menghasilkan bayang-bayang yang menyeramkan. Macam dalam cite hantu hihih.  Maka demikian, sy pun pejam mata tadah tangan mintak Allah tolonglah jadikan hujan tu hujan rahmat, kalau hujan tu bawak keburukan utk kitorang tolonglah berentikan hujan tu. Tapi dia tak berenti. Dia cuma turun slow jela kira macam renyai-renyai camtu. Tapi berterusan.

Cabaran 2: MENGANTUK

Hujan dan mengantuk adalah berkadar langsung. Bila hujan, udara pun dingin lembab dan sejuk. Sojuk eh toksah cito. Menggigil omak. Dan bila sejuk, duk dalam ekon (baca: air-cond) lagi, gelap plak tu, ngantuknye ya rabbana.... sorang-sorang plak tu, takleh nak sembang ngan sape-sape sobs! :( 
Dari KT sampai ke Dungun hujan. Rasa nak gigit-gigit je steering tu sebab tak dapat tido!   

Cabaran 3: JALAN LOBANG-LOBANG

Kitorang ikut jalan Jerangau-Jabor sbb dikatakan jalan ni lebih dekat daripada jalan pantai. Tapi jalan dia masya-Allah DISASTER gila! Nak elak lubang belah kanan, tolak steering belah kiri sikit, terus langgar lobang kiri plak. Argh stress aku!

Cabaran 4: TAYAR INJURED!! :(

Selain enjin dan minyak, penggerak utama sesebuah keta adalah tayarnya. Takde pintu kau still boleh jalan, takde bumbung pun still bleh jalan tapi kalau takde tayar/tayar problem cane keta kau nak golek? Jadi ini part paling tekanan sekali. Dalam banyak-banyak lubang jalan tu, tiba-tiba ada satu lubang ni baik punya dalam dan panjang, nak elak pun memang takdan. So gua langgar jelah bro. Maka GEDEGANG!! bunyik dia, sentap aku dibuatnye. Saspen bhai, tapi gua tabah jela teruskan perjalanan sbb jalan kecik and keta laju-laju belaka so takleh berenti tepi. Tapi sy dah suspek ada berlaku sesuatu kat tayar dan jugak rim. Sebab bunyi gedegang yg kuat tadi confirm bunyi kat rim which means rim mungkin bengkok.

OK sambung citer tayar lepas ni. Siap laporan begambar sekali :D

Cabaran 5: KEHADIRAN KURA-KURA DAN SIPUT BAHABI

Kan indah kalau lori balak dan lori minyak tak wujud atas jalan raya? Sumpah tension ikut buntut dorang -______-
Haih, dorang pun ade peranan masing-masing jugak atas bumi ni lah! OKla OKla. Tapi bayangkanla camane perasaan bila depan kita sebuah lori balak yg besar gedabak dan panjang geda'ah. Terbayang cite Final Destination yg kayu balak tu terlepas dari lori and terus hentam keta belakang dia. FD tak kira season bape mmg sume ngeri and buat org lemah semangat.
Okay then sampai bila nak ikut buntut lori tu kan, minggu depan la baru sampai Semban agaknye. So, bila nak potong lori balak tu, kena tawakkal 'alallah jela, tarik napas dalam dalam, mengucap syahadah and PECUT! Mengucap sebab takut bertembung dengan lori minyak plak kat jalan bertentang. HUAHUA aku gerun aku geruuuunnnnnn -______- !!


...sambungan cerita tayar.
Kejadian langgar lubang tu rasanya masa tu still kat Dungun. Tapi dah nak masuk Kemaman kot. Bila jalan dah ok sket, kitorang benti tepi jalan. Rupanya Mieza ngn Wani pun sama langgar lubang tu. 3-3 sederet kena. 
Check tayar. SAH!! Tayar injured. Tayar sy bengkak dan macam nak pecah. Rim nasib baik tak bengkok tapi calar teruk jugakla. Bila tengok keadaan mcm tu haruslah sy cuak habis. Tapi Iman kata ok lagi ni, bawak slow-slow pasni. So kitorang teruskan perjalanan, takleh berenti lama-lama situ bahaya.   

Dalam hati Tuhan jela yang tau, takut, risau semua ada. Perasaan masa tu mmg down habis rasa mcm nak berenti terus taknak drive dah. Sy mmg mudah lemah semangat. Pastu sambil drive sy nangis wahaha burok lak aihh! Sebab sy sorang-sorang weh takde sape kat seblah yg tolong cakap "Rilek Masirah. Insya-Allah takde pape. Janganla risau, aku ada dengan kau" dan sy pun takbleh nak cakap dengan sape-sape "Saya takutlah, saya risau!" Kan sy jenis takboleh simpan perasaan, kalau sy simpan sorang-sorang nanti sy jadi gilaaa. Tsssskkkkk!! :'( 

Setengah jam lepastu kitorang sampai Kuantan dan benti lagi sekali. Check tayar lagi, tengok tayar makin bengkak dan kembang. Masa tu masing-masing call parents masing-masing. Sy call ayah, ayah suruh tukar tayar spare tapi masalahnye tayar spare ni tak tahan untuk pejalanan dari Kuantan ke Seremban. Jauh lagi pejalanan hoii! So lepas bincang-bincang, kitorang decide utk cari kedai tayar. Nasib baik ini Kuantan, kalau Kuala Terengganu, hari Jumaat jangan kau harap nak jumpa kedai tayar yang bukak. Terengganu tu, hari Jumaat semua nak tutup, geram tau selalu susah bila emergency.

Untuk keselamatan sebab takut tayar meletup dalam perjalanan, kitorang decide utk beli tayar baru. Eh, tak baru. Second hand je hehe. RM40 kira okla kan, bunga pun cantik. Kedai Cina plak tu, so service dia tiptop la (bukan nak angkat Cina tapi mmg tu beza peniaga Cina dgn Melayu kan). 
 


Iman, Mieza, Wani, Kak Zu. Nampak kamera je terus sengih padahal sebelum tu muka ketat semacam :P

  Style gile lah perempuan buat keje-keje workshop ni! Gagah.



 Tayar 'baru' :)

OK sekarang sy dah ada penumpang. Si Tayar :D

Alhamdulillah lebih kurang pukul 12 gerak semula dari Kuantan. Sampai rumah tepat pukul 4.20 petang lepas singgah solat kat Kuala Pilah. Perjalanan dah jadi 10 jam. Turun dari kereta,  tiba-tiba tangan kaki sume menggigil. Penat sangat agaknye, kepala pun sakit. Lepastu bantai membuta siap pesan kat Mama: "Angah dah sebayang Asar (jama' tadi). Angah nak tido. Selagi tak Maghrib Mama jangan kejut Angah tau". Tido memang tak sedar dunia dah sampailah Maghrib heee seronok! :D


Bytheway, ni first time sy drive jauh. Selama duk Seremban, Bangi je paling jauh. Masa kat KT, Kuantan la penah sekali sampai. Penat, tak seronok dan jalan K.Terengganu-Seremban yang berisiko. Rasa macam serik gila, tak larat dah lepasni. Tapi bila dah sampai rumah semua tu macam dah tak rasa dah. Sama macam ibu yang lepas bersalin, masa bersalin memang sakit tahap dewa tapi bila tengok baby dia dah keluar terus hilang rasa sakit. 
HAHA ape ni aku out of topic ni! :D 

Uuumangaihh panjang gila entry ni. OKla, last entry utk bulan ni pasni tak update dah. Selamat berbahagia semua :)


Nota Bawah Kaki: Tiba-tiba teringin nak tengok Barca vs MU! HOBIN JANG HOBIN! Haha :D

No comments: