16 Julai 2007-16 Julai 2011. Genap 4 tahun dah duduk sini. Ganu kite, kite tengok penyu telor lalala~
Penyu pun sampai takde dah. Nasib baik kecik-kecik dulu Ayah dengan Mama penah bawak kitorang melancong tengok penyu kat Rantau Abang ni. Kalau tak mesti sampai sekarang tak kenal rupa penyu. heheh :P
4 tahun lepas masa masuk maktab macam redha gila apa nak jadi pun jadilah kan. Masa tu tak minat pun sebenarnya nak jadi cikgu. Bila pegi pasar malam orang kampung macam boleh kenal tau bebudak maktab ghoman ea sama je, pakai t-shirt dgn seluar track dgn selipar. Tu pakaian habis rasmi dah la tu. Tapi tu dulu la. Sekarang sume bantai jeans. Heh. Pastu jalan mesti nak segerombolan macam anak kambing. Taknak sorang-sorang malu nanti orang kata takda orang nak kawan dengan kita. Pastu bila orang panggil kita 'cikgu' rasa geli pulak ha.
Dulu bila dapat beli basikal punyalah happy. THANK YOU AYAH! Walaupun bukan Pixie. Eh, Pixie tu compact powder la. Hape ke nama dia Fixie? Ha ye Fixie. Ada basikal pun dah cukup kaya rasanya. Buat pegi pasar tetiap petang Ahad dan Rabu lepas Asar, buat pegi bank cucuk duit elaun RM435 sebulan, buat pegi Pantai Batu Rakit hirup angin pantai dan makan ikan/sotong/udang celup tepung. Tapi budak-budak junior sekarang mana layan dah basikal-basikal ni. Kitorang start bawak kereta pun masa masing-masing kena duduk luar. Budak sekarang masa foundation lagi dah menderum-deram dengan keta sorang sebijik siap bagi pakwe guna keta tu seolah-olah si pakwe tu tolong bayar sekali duit kereta tu tetiap bulan tahu? Biasalah tu nak berlatih ke arah menjadi suami isteri sejati ye tak :)
4 tahun duduk sini ape entah yg kita dapat. Cakap Terengganu haram tak reti. Sampai sekarang kadang-kadang kalau dengar orang sini sembang, dorang gelak kita gelak sama padahal tak paham pun cerita. Pastu japgi dorang tanya "Pahang dok? (paham tak?)" ahh kantoi pura-pura gelak tapi tak tau hujung pangkal! Lagi malu kalau orang tu sebenarnya tanya soalan kat kita tapi kita bantai gelak jugak sorang-sorang pastu orang tu pun buat muka pelik sambil ternanti-nanti jawapan kita. Cis malu tahu?
Jalan dekat Kuala Terengganu pun dah masuk 4 tahun baru nak start hafal. Serius sy jenis tak ingat jalan. Selama ni bawak kereta memang selalu je lost. Jalan dekat boleh jadi jauh. Tapi kalau ada kawan-kawan nak datang melancong Kuala Terengganu boleh la sy bawakkan setakat pegi Mydin Mall ke Taman Tamadun Islam ke Masjid Kristal ke itu semua bawah tapak kaki je HAHA belagak sudeyyy! :P

2007 fresh dari ladang. Masa Orientasi. Muka masing-masing selekeh gila. Haha. Tapi at least kulit sy pun time ni takdalah berparut-parut jerawat macam sekarang T____T
Peha pun kurus sikit masa ni.
2008. Tak banyak beza.
2009. Dewasa sikit. Dah naik degree years ek.. :D
2010. Perempuan Melayu Terakhir kau!! :D
2011. Tahun yang sibuk dan aktif tapi berat badan tetap mencanak.
4 tahun duduk Terengganu, dekat 10 kali dah pegi Hospital Sultanah Nur Zahirah ni. Tapi duduk Seremban 11 tahun, baru sekali pegi Hosp. Seremban. Aiyoo..

School. Macro-teaching
Gua jadi MC woih! Heheh :D
Sekarang tak pikir lain dah. Nak habis belajar baik-baik, nak kerja, nak balas jasa Mama Ayah. Bila duduk sorang-sorang selalu teringat Mama dengan Ayah yang dah sangat banyak berkorban untuk sy. Sumpah tak terbalas T______T
Sikit lagi Masirah. Sikit lagi. Tahun depan dah final year. Cukupla kot main-main. Buatlah betul-betul ok. Insya-Allah :)
Eh lupa, sebelum habis belajar kat sini nak pergi bercuti dekat Pulau Perhentian dan/atau Pulau Kapas hokaayyyy!!! :D
Esok kena observe dengan guru pembimbing :)







6 comments:
aku ni apetah lagi. 6 tahun dok tempat yg sama. mesir, beb. dalam banyak2 tempat dalam dunia ni, mesir yg tak best ni aku dok lama2. lol nangis2 aku.
kira aku lagi banyakkali la pegi hospital seremban bebanding ko? haha. weh btw, TTJ kawasan rumah ko tu selalu sangat aku pegi.
tp sekurangnya-kurang kau cakap arab meletup-letup skrg. aku ada ape? kau tau betapa aku teringin nak terer ckp arab mcm ustaz aku masa skolah dlu?
hoih hoih aku tak penah tulis kat blog ni umah aku kat TTJ, kang org dtg rompak kang. haha :P
kau ckp kau selalu pegi TTJ tu mcm buat aku rasa besalah la, taula aku tak dpt pegi kenduri kawin kauuuu T_____T
aku cakap arab ammi/pasar. bukannya arab fushah macam dalam buku tu. kalau nak cakap fushah letup2 dok negara arab 30 tahun pon belum tentu dapat.
eh! aku tak berniat nak buat ko pikir camtu ye. aku cuma nak kata aku sangat familiar dengan seremban. tempat yang banyak memori. dah2, ko jangan nak sedih2. ehehe.
tp at least kau pndai jugak ckp arab. boleh la pungpangpungpang dlm arab. aku ni setakat Assalamualaikum jela ha.
wrq, kalau betul2 aku x dpt pegi, hadiah drpd aku insya-Allah akan menyusul :)
eh takpe la cikmas. aku paham je kalau ko tak dapat datang. serius aku paham. takyah susah2 hantar hadiah okeh. nanges terharu aku kang susah. next time raya ke ko bole datang jenguk2 kitorang ok.
aku nak join kalau g pulau perhentian.
serius ni.
Post a Comment