Tuesday, July 12, 2011

Ni Bukan Kisah Si Jantung Hati, Ni Kisah Kumbang Penyeri Sekolah Pulak.

Kelmarin hari Ahad. Hari Ahad ada perhimpunan. Kelmarin jugak satu sekolah bersorak bila Guru Besar umumkan:

"SELAMAT DATANG KEMBALI KEPADA SIR ROHAZLAN DAN SIR SHARUL!"

Murid-murid tak kira lelaki dan perempuan tepuk tangan dan bersorak macam konsert doe!!!  Nasib je tak lompat-lompat buat ombak.
Pergh...
Pergh...
Pergh...
Hebat budak senior dua orang ni. Sayang betul budak-budak dekat dorang. Jeles jeles!!


Selain kitorang Semester 6 yang tengah Praktikum 2 ni, senior Semester 8 yakni sem akhir jugak masuk sekolah sama untuk Internship sebulan. Jadi makin betambah la cikgu pelatih kat sekolah ni sekarang. Internship means dorang kena siapkan tesis sambil buat projek kat sekolah. Mengajar ada la sikit-sikit je. Lesson plan takyah dah buat macam kitorang sampai 4-5 muka surat, buat ringkasan mengajar je. Kira dah hebat la dorang ni. Sikit lagi nak posting kan wajiblah hebat. Masa internship dorang akan pegi sekolah yang dorang Praktikum akhir selama 3 bulan hari tu. Jadi dorang memang dah dikenali kat sekolah ni.


Tapi sy tau kenapa dorang sangat disukai bukan je oleh budak-budak tapi jugak semua cikgu dan Guru Besar.


First, dorang cikgu laki. Cikgu lagi sangat sikit di sekolah ye jadi bila datang cikgu laki semua orang akan excited. Wa cakap sama lu, cikgu laki memang market tinggi. Cikgu perempuan sebelah mata pun orang tak pandang la.

Second, dorang hensem (untuk perhatian murid perempuan) dan pulak tu dorang ajar PJ yakni subjek yang paling disukai oleh murid-murid (untuk perhatian murid lelaki pulak).

Third, dorang memang baik dan pandai ambik hati cikgu-cikgu semua. Semua cikgu duk puji-puji dorang depan kitorang grrr... Tapi sebagai junior kitorang bangga la jugak at least aura budak IPG ni lekat jugak kot kat kitorang :D


Tambah pulak sekolah ni tak ramai cikgu laki. Yang ada pun kira veteran dah. Cikgu perempuan pun semua atau almost semua dah kahwin jadi kami cikgu-cikgu pelatih yang muda terang tang tang serta bujang ni lah ibarat kumbang dan bunga mekar yang menyerikan sekolah KAHKAH perasan gila :P


Bila nampak sir dua orang ni lalu, murid perempuan darjah 5-6 senyum-senyum bisik-bisik jeling-jeling dorang. Biasalah budak baru nak datang haidh kan kehkeh.
Bila nampak kitorang bercakap-bercakap dengan dorang, budak-budak tu pandang tak puas hati plak. Jeles kot haha! :D


Tapi seronok jugak bila ada senior kat sekolah sama. Dorang cikgu PJ dan kebetulan semester ni kitorang pun kena mengajar PJ so bolehlah pegi buat muka tak malu mintak dorang betulkan Lesson Plan yang macam haprak tu dan mintak nasihat sama idea daripada dorang. Dorang sumpah terer tapi tak belagak woh. Siap offer nak bagi Lesson Plan dorang yang dulu-dulu buat rujukan! WAHHH SYUKUR NIKMAT!! Ingat senang nak buat Lesson Plan? Tak weh tak. Lesson Plan adalah bendalah ciptaan manusia yg paling pening dan memualkan. Kitorang semua masa praktikum sanggup tak tido malam 5 hari seminggu semata-mata nak buat lesson plan ni dan benda paling penting benda ni lah jugak. Cukup cuak kalau tak siap bendalah ni sebab dan-dan tu jugak boleh fail praktikum kalau lecturer datang observe secara mengejutberuk. Dan buku rekod pengajaran jugak adalah harta paling penting bagi setiap cikgu. Sebab tu dulu kita tengok cikgu kita ada buku rekod yang tebal dan berat macam batu pastu kena usung merata tempat tu kan. Ha tu la dia bukunya.


Even kat maktab memang sy tak penah langsung-langsung tegur atau senyum pun kat dorang ni tapi bila dah satu sekolah ni jadi baik la plak boleh sembang pungpangpungpang tapi straight pasal keje jela kan. Serius cakap cikgu memang kena pandai bersosial. Muka kena manis kena tegur-menegur dan kawan dengan semua orang lagi-lagi kitorang cikgu praktikal. Pelik kalau kitorang yang sama maktab tak kenal pastu menyombong taknak tegur langsung.


Alhamdulillah, kali ni punya praktikum saya rasa semangat gila. Mungkin sebab ada senior yang hensem sama sekolah KAHKAH okay tak tak! :D 
Wei, tak salah kot gua mengagumi ciptaan Allah yang indah-indah macam tu? Haha :P




 








Well, mengajar bukan setakat mengajar. Konsep cikgu ialah membimbing bukan mengarah je. That's why sy pun sekali kena rendahkan tahap dan jadi budak-budak jugak. Sebelum budak buat kita kena buat dulu baru dorang akan ikut. Teaching is not only teaching, teaching is about to lead :)


Apa pun saya enjoy ajar PJ tadi. Alhamdulillah :D


Oh ha, lupa. Iena suruh saya carikan cikgu lelaki bujang. Sorry dear, both them dah berpunya rasanya. Lainkali ok! Haha :D

Nota Bawah Kaki: Kad ATM BSN sy hilang tolong doakan jangan duit dalam tu pun hilang jugak. 3500 ada tuuuu T_______T

5 comments:

kEc!ltAp!moLeK said...

mas, iena tu spe??? sungguh xtw malu la budak tu...ish3... tolong ajar die sikit cikgu ek....

Cik Mas said...

oh iena tu jiran aku dekat siniiiii :)

kEc!ltAp!moLeK said...

ooo..jiran ko..ingtkn jiran ak td..krm slm sikit kt die ek...ade ati kunun nk ngorat cikgu...pigidah...haha...

Anonymous said...

kenape org tu jeles kat ko, konpius la..

Cik Mas said...

kEc!ltAp!moLeK: ahaha takpe je nak ngorat cikgu, ramai lagi kot yg single tp besenya cikgu laki pun cepat je kena sambar. hehe :D

Anonymous: budak2 tu jeles sebab kitorang sembang-sembang dengan cikgu laki tu la, sebab dorang pun nak jugak sembang2 dgn cikgu tu. kot la..

susah2 je kau ni konfius pasal tu.