06032011
Nota Atas Angin:
Untuk mengecap sebuah kemanisan perlu dimulakan dengan mengupas kepayahan- Unknown
Mama selalu bagi amaran keras dekat anak-anak perempuan beliau terutama Ayong dan Angah supaya jangan nak berani kawan rapat dengan suami orang. Sebab Mama tau macam mana perasaan bila suami rapat dengan perempuan lain, bujang pulak tu! Eh taklaa janganla kata Ayah penah cuba main kayu tiga tak! tak! haha kesian Ayah tau tak pasal-pasal kena fitnah. Ayah sy baik okay. Mama sy pun comel dan baik, Ayah takkan cari lain sebab sampai bila-bila pun Ayah takkan jumpa yang sebaik Mama :)
Love Is Everywhere
Mama kata: "Jangan nak gatai kawan dgn laki orang! Tunang orang, bopren orang takpa, tak kahwin lagi."
Tapi pada sy, toksah kata laki org, bopren orang pun sy takmau dekat. Kalau ada antara kawan-kawan lelaki yg sy tau dia dah ada gepren, sumpah sy takkan rapat sangat. Sebab sy takmau nanti gepren dia jeles ke hape, tak pasal-pasal depa gaduh. Sebab saya pulak tu. Oh pehlisss rugi gila hangpa gaduh sebab aku!
Dulu sy penah ada kawan baik, lelaki. Masa zaman sekolah menengah. Actually dia senior dua tahun. So saya pesan kat dia, "Nanti bila kau dah ada gepren bagitau tau! Nanti tak boleh dah kita kawan rapat mcm sekarang" :)
Sekali bila dia dah masuk U, sy pulak masuk maktab ni, life makin sibuk jadi dgn sendirinya masing-masing jadi tak rapat. Sekarang dia dah kahwin dah pun. Alhamdulillah :)
Okay apa point sebenarnya merepek panjang-panjang pasal ni ha? Entah, saja suka-suka.. sebab petang tadi......
"Mas.. ko bersame siapa tadi??? Haa.. ada dua jejaka lak tu! Cecite!!"
"Kau nampak? Dah ada gosip ke? Jangan kata 'isteri' diorang dah mengamuk tengok 'suami-suami' dorang keluar dengan aku tadi?"
"Taklah. Cuba cite ngan aku meh!"
"Ya Allah.. kitorang keluar sbb ada hal keje lah. Pegi uruskan hal lawatan kita nanti."
"Ohh macam tu..."
"Kalau dotdotdot (nama si gepren) tanya kat kau pasal ptg tadi, cerita betul-betul ye. Karang sebab gosip ni tak pasal-pasal aku kena serang."
"Alaahh.. taulah den nak clearkan gosip tuuu"
See?? Tu pasal sy malas keluaq dengan 'tunangan-tunangan' orang ni lagi-lagi yang sama-sama ada kat sini. Kiranya si gepren tu pun member den gak. Keluar pun bukan saja nak gedik-gedik, serius ada kerja yang kena selesaikan segera. Yang depa ni pun satu, nak becinta kena jugak satu maktab. Cubalah cari jauh-jauh baru thrill. Senang nak pasang branch banyak-banyak. Heh :D
Oopps sorryy I TER-jatuh hati dengan pakwe you lah! :D
Sebab ni lah sy avoid awal-awal utk berbaik sangat dengan jejaka-jejaka yang dah berpunya ni. Selain menghormati (?) status dorang sebagai bakal suami orang, kita kena faham jugak kalaulah kita kat tempat si perempuan tu apa perasaan bila orang yang kau sayang yang kau anggap bakal suami kau tu keluar dengan perempuan lain, lagi-lagi perempuan tu single. ehem. okay abaikan part single. Mesti kau nak jeles jugak kan sbb dah termakan dgn kata-kata pujangga "Cemburu Tanda Sayang".
Pergh, kalau aku la kan ada suami/bakal suami, aku sound camni je. "Awak nak keluaq dengan sapa-sapa pun keluaq la. Tapi pandai-pandaila jaga batas zahir dan batin. Zahir termasuklah jarak antara kedua-duanya, kekerapan keluar, aktiviti ketika bersama dan sebagainya. Batin pula ialah perasaan awak terhadap orang yg awak keluaq tu. Kalau sampai terlebih-lebih sampai jatuh sayanglah rindu segala, mai sini saya sepuk awak sedas dua. Gatai sangat noh!!" Ishh overlah kau ni. Tak, pandai-pandai jaga ok? Ingat, kalau awak boleh buat mcm tu, bakal isteri awak pun boleh buat jugak. Kalau awak tak baik, bakal isteri awak pun tak baik.
Jadi sy harap utk kes petang tadi, jangan lepas ni ada yang datang bawak kayu terus pukul aku separuh mati tanpa usul periksa. Hopefully si jejaka-jejaka tadi dah explain awal-awal dekat bakal isteri masing-masing "Sayang, I keluar dengan Masirah si mata sepet, gemok dan pendek tu sebab ada kerja tau. You jangan cemburu buta pulak." Thank you lah kau dah selamatkan aku daripada serangan lebah yang membahabibuta.
Hari ni ada mood nak update panjang-panjang sebab lepas ni rasanya kena tinggal belog ni sekejap. Sebenarnya dah takda masa tapi nak jugak curi masa. Padahal esok kena hantar assignment, banyak lagi tak siap. Ya Allah kenapalah taip assignment tak sesemangat taip belog!
9 Mac insya-Allah student minor PJ Semester 5 semua gerak ke UM. Tido dua malam kat UM, lawatan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil & Majlis Sukan Negara. Lepas tu cuti seminggu, lepastu praktikum ohmaigucci kau tau tak aku takot??!
Dua hari je lagi. Banyak lagi urusan tak selesaiiii!
Kalau aku cakap macam ni sejuta kali pun kau tetap takkan datang balik kan?
Nota Bawah Kaki 1: Oh, Hospital UM adelah PPUM lah kan. Hampir-hampir dah aku nak drive pegi sana bulan lepas. Arinah tau mcm mana tekadnya aku masa tu. Nasiblah aku waras lagi, tak jd pegi sbb fikir risiko dan kebarangkalian nak capai target tu sangat rendah.
Nota Bawah Kaki 2: Esok mesti kalut. Confirm. Janganlah tumit kasut patah sebab jalan laju-laju!
Nota Bawah Kaki 3: Malam ni takkan tido. Tapi malam esok siaplah, konfem arh aku akan hibernate seawal 7 malam dan bangun selewat 7 pagi!





4 comments:
ala, blom kawin xpe laaaaa, 'kalau da jodoh x ke manaaaaa...' (aku nyanyi niiiii)..
hahaha....
tp mintak di jauhkan la yerrr... amin...
awak...awak solo ker???sy minat kt awak!hik3
Hazirah: ha'ah mintak jauh.. amiinn :)
Anis: haha takyah nak ejek aku sangat la kan. lempang nak lempang?? :D
awak ni ganas laa..sy sukeee..;)
Post a Comment