Sunday, March 20, 2011

Hari Pertama Memang Berdebar Macam Nak Gila



Praktikum pertama. 20 Mac-14 April 2011.
Bangun pukul 5.15 pagi garu-garu kepala sambil jalan-jalan pusing rumah gaya orang hilang akal. Argghh takmau pegi sekolahhh! Nervous weh nervous!! (T___T)


Muka nebes ye.....

Mama pesan suruh selawat banyak-banyak. Siap mama bagi satu ayat tu  taktaulah dari surah mana suruh baca banyak-banyak. So sepanjang perjalanan mulut tak renti-renti duk menjampi. Berkat doa mama dan ayah jugak, Alhamdulillah nervous tu hilang :)

Sini. SK Seri Budiman 2 Kuala Terengganu. Lencana je jumpa kat Google. Gambar sekolah takda.


Lapor diri dengan Guru Besar. Beliau terus suntik semangat ke-cikgu-an. "Awak dah pilih jalan ni, jadi awak kena buat betul-betul. Bila dah grad nanti, jadi cikgu yang betul-betul cikgu." Oh, GB sy perempuan. GB perempuan selalunya tak disukai oleh masyarakat guru sekalian. Kesian.


Hari ni tak buat apa-apa sangat. Kenal-kenal dengan cikgu-cikgu dan kenal-kenal murid-murid. Jadual mengajar pun belum dapat. Just masuk kelas relieve. Cikgu-cikgu Pendidikan Khas semua baik-baik yeay yeay! :)


Sini nak kenalkan. Anak-anak murid sy. Alah macam geli pulak bila pikir diri sendiri nak jd cikgu siap ada anak-anak murid. Awww!

 Ini Zahirudin. Autistik. Hebohlah duk menjerit "Sakit hidungggg" "Sakit hidungggg". Puas pujuk tapi takmau senyap. Ok, aku taktau nak buat apa dah. Dah kau tonyoh hidung kau memang la luka.


Last-last sy amik kamera, snap gambar dia. Hah pandai pun senyap. Eh budak-budak zaman sekarang ni kan, pancing dengan teknologi je kan.

Budak autistik pelik sebab dorang SANGAT FLUENT ckp English. Ini mmg fact, ciri-ciri umum Autisme mmg tulah salah satunya. Tak tau mcm mana, even mak ayah dorang org kampung yang cuma pndai cakap bahasa terengganu, tapi anak dorg yg Austistik tetap cakap English. Takde sape buat kajian pasal ni lagi. Selalunya kena communicate dgn dorang dlm bhasa inggeris baru dorg paham. Dengan Zahir ni pun, kalau tanya dia dlm bahasa melayu dia jarang jawab tapi kalau cakap BI baru nak respon. Pandai cakap melayu tapi still ada slang omputeh. Huh hebat kau nih budak!


Sy: Zahir, don't rub your nose!
Zahir: Sakit hiduuunnggggg! Lukaaaaaa!
Sy: Ahh gasak kau lah! (haha okay tipu :P)

Tadi masuk kelas sy duduk atas kerusi tiba-tiba terus datang sorang murid duduk atas riba saya alah comelnya. Duduk diam takpe jugak, siap cium pipi sy tiba-tiba. Dua kali plak tu. Alaahaai cuba cakap apa perasaan? Nak rasa terharu ke nak rasa ternoda? Eheh :D Nasib kau budak kecik, kalau  budak besar, mesti akak dah blushing gila. Haha PANGG!! :P



Hah ni aa ha budaknya yg main kiss-kiss ni. Cesss muka nak samseng je kan.


 
Ini pulak Najmi. Down Syndrome. Cakap banyak tak renti-renti tapi tengok-tengok pakai pampers lagi. Kencing berak tak reti bg tau pulak.


Hafidz. Down Syndrome jugak. Severe punya.


Tapi dalam banyak-banyak sy sgt suka tgk budak kecik ni. Comel sangat-sangat. Senyum je kerja dia. Tapi tak pandai bercakap. Oh, Putri Balqis nama dia :)

Sy rasa dia tak puas hati bila tgk sy lukis muka dia tak jadi mcm muka sebenar dia. Haha sorry cikgu tak pandai lukis la :D
 
Ok, harus sedar diri ye Cik Mas. Kena biasakan diri sebut diri sendiri 'Cikgu' bila dengan budak-budak, jangan nak perasan sangat sebut diri tu 'Akak'. Alaaa gelilaaaaa panggil cikgu! Tolonglah tolonglah.

Cikgu-cikgu yang banyak pengalaman semua, sy ni budak yg tak berilmu dan takda pengalaman. Tolong tunjuk ajar supaya sy tak kuang hajar yaww! :D

Nota Bawah Kaki 1: Semoga Allah permudahkan urusan kita. Amin Ya Rabb :)
Nota Bawah Kaki 2:      :)

7 comments:

Muhammad Warouq bin Qamar said...

cikmas, aku respek ko. orang yg jaga org istimewa pehtu korbankan masa n kerja utk derang ni bagi aku org yg hebat2. mulia sangat kat mata aku. sedangkan cikgu biasa pon aku respek gle inikan pulak cikgu yg ajar student istimewa. ko hebat la cikmas. 5 finger salute for u!

Cik Mas said...

eh eh dokter wrq, tolongla jgn ckp cenggitu! mana bleh up kan aku cmtu. aku ni zero kau tau. aku rs Allah saje bg aku rzeki dlm bidang ni sbb aku mmg takde apa2 kelebihan. DIA nk bg khdupan aku seimbang la tu sbb bab lain aku mmg sgt zero. sia2 hdup aku kang takde buat apa2 kbaikan kat dunia ni.

sudah, jgn nk salute lah.aku tonjol kau kang :P

jumb0 Gem0k said...

mas sgt bagus k~pas spm die penah kje jage kanak2 spastik..sbb tu maktab die apply kos pndidikn khas...padahal kalo mtk tesl pon ok..ko mmg ht mulia lah mas!aku kagum ngn ko.haibat ko tau,haibat!

Cik Mas said...

hah ni lg seketul nak kena tonjol.

hoii, dgn aku jgn la buat perangai wrq, paan serta budak2 mesir lain yg suka bakar2 tu. tolonglah jgn. aku report mak aku kang haaaa :P

Muhammad Warouq bin Qamar said...

ko memang ensem la cikmas. aku doakan ko jd cikgu yg power. kagum aku tak abeh lg ni. isk, siap ko yg mintak pulak tu pendidikan khas. aku tambah salute 6 jari. ikhlas ni

Cik Mas said...

hahah fine! mmg nk kena penampor. ok sejujurnya aku mintak TESL jugak ye bersama pendidikan khas. tapi rezeki dpt pendidikan khas. ha puas hati sudah?

sila turunkan sume jari anda :P

CK said...

ouh massss...... sunggoh aku jelez tgk hanggg!!!