Nota Atas Angin:
Women wish to be loved not because they are pretty, or good, or well bred, or graceful, or intelligent, but because they are themselves - Henri Frederic Amiel

Semalam masa kelas Dr. Nik group sy kena buat sikit presentation. Dalam presentation tu ada ktorg tnjukkan video kejadian rama-rama. Scene last sekali tunjuk waktu rama-rama tu nak keluar dari kepongpong (hoiii mcm ni ke eja kepongpong? ke kepompong?). Susah gila dia nak keluar, nampak seksa..tapi bila dia dapat keluar terus dia jadi cantik dan dapat terbang tinggi-tinggi macam indah gila dunia dia :D
Lepas tu Dr. Nik pun citerkan satu kisah sbb nk motivate ktorg yg bapaklah tak bermotivasi ni.
Satu masa dulu, seorang saintis tengok sekor rama-rama tgh susah-payah utk keluar daripada kepompong dia. Saintis yg baik hati ni kesian dan nak tolong rama-rama tu. Jadi dia pun guntingkan kepompong tu nak bg rama-rama tu boleh keluar dgn senang. Keluarlah si rama-rama tu dengan senang, ye terima kasih si saintis. Tapi.... tak lama lepas tu rama-rama tu mati T______T
Jadi, kata Dr. Nik: kesusahan yang dialami oleh si rama-rama tu sebenarnya adalah utk menyediakan diri dia utk hidup cemerlang kat dunia ni. Samalah macam manusia, semua kesusahan yang kita alami sekarang adalah persediaan untuk kita mendapat kesenangan pada masa depan :)
Ehem. Termotivasi sekejap. heheh.
Cerita rama-rama ni sama dgn cerita yg sy dgr sorang ustaz ni cakap kat IKIM hari tu tapi ustaz tu kaitkan dgn amalan kita kat dunia utk bekalan ke syurga. Ustaz tu kata: Ada orang anggap tak perlu solat, tak perlu abdikan diri pd Allah utk masuk syurga, cukup dgn bersedekah beribu-ribu dah boleh dapat pahala banyak dan dapat masuk syurga dgn mudah. Tapi sebenarnya tak ada jalan pintas ke syurga. Semua orang kena bersusah-payah bersakit-sakit berjerih-perih beramal ibadat kat dunia ni sebagai bekalan ke syurga. Pfftttt...... insaf se-seken dua. sedekah lagilah tak sbb takde duit, ibadah lain pun alahai.... mcm main celup-celup kaki kat tepi pantai je. T____T
Hari-hari tengok hujan. Hari-hari cakap IMY dalam hati. ahaha gedik! Alah biasalah perempuan menggedik, apedehal.
Hujan sejak semalam tak berenti kat sini. Terengganu masih dlm zon perubahan angin monsoon ape nama ha alahai dulu Kajian Tempatan n Geografi belaja tak khatam. Hujan sy x kisah, boleh main hujan. boleh tido mati. tapi masalahnya, hujan kat kawasan kampung2 mcm ni agak gerun la kan. Takut binatang buas!!! Sem lepas binatang bahbihutan tu siap jenguk sy tgh masak kat dapur, gila tekejot kau tgk besar gedabak kaler kelabu asap! errk.... lipan pun da start masuk rumah. Paling takut menatang yang sss sssss tu..aaaaa gua buleh histeria arr camni!! T___T Rumput luar rumah pn dah mcm hutan. Dh cl tukg ptong rmput dtg potong tp tak dtg2. janji dah semnggu. Camni arr org Melayu, keje malas! Duit nak plak! arghh marah gile ni.
Tolonglah panas esok, stok baju dah nak habis lah. bikini tu yg pnting... isshh!!


8 comments:
hoo bhye nye...klu bahbihutan tuh dtg lagi, ko tangkap je, panggang..! pergh sedap...hahahaha
pastu kau ada hati nak makan ke? haha bongong je kan cdgn merepek.
hahaha...ko bg je jiran kau mkn...sdakah kan amlm mulia...wakakakaka.....wehh ngeri weh klu bahbi tuh dtg btol2...takut aku....tp lagi btter bahbi ni dtg dr jantan gile seks yg dtg umh aku kn...
ha'ah kan, kalau bahbi dtg dia setakat gomol je kan.kalau laki gila seks dtg? omaigod aku panjat bumbung kot!hahaa :P
bikini bottom
pkataan yg tulisan paling small tu jgk yg org nmpak kan :P
salam...alamak cik mas tau ke sy letak link blog cik mas kat sedebar blog sy....jgn marah ya sebab sy suka baca blog cik mas...tp sy segan lak nak follow....nak jd silent reader je...
apa2 pun blog cik mas mmg best...sy suka...:-)
hurm....cik mas tak marah kan?
hahaa takpe kak..sy tak marahla :)
haih blog sy ni merepek je kak..
nice to know you kak alawiah :)
Post a Comment