Nota Atas Angin:
Love is someone you remember when you hear to sad songs - unknown
Kalau diberi pilihan antara memasak dan mengemas, sy lebih rela memasak. Lepas masak boleh makan. Tapi lepas mengemas besepah balik. Penat je!
Oh dah lama rupanya tak main masak-masak. Sejak balik sini (Terengganu) dah 3 minggu tak masok dapur langsung sebab pemalas dan berat pungg*ng. Hari tu masa cuti dua bulan kat rumah (Seremban) selalu jugak Mama suruh sy masak dengan alasan: "Angah masaklah, Mama malas!" Argh arghh time tu rasa mcm nk protest cakap "Alaa Mama la masak, Angah pun malas jugak!" KAHKAH durhaka punya anak!
Jadi sebelum skill memasak semua hilang, lebih baik praktik balik. Hari ni try masak masakan famous amous Negeri Sembilan, masak lemak cili api. Tak pastilah ini resepi pure ke tak. Bantai jelah. First try okay, kalau jadi Alhamdulillah. Kalau tak jadi bolehlah blahh.
And this is the result....
Ayam masak lemak cili api lupa taruk asam keping. dem! *bila sy memasak PASTI akan ada bahan yg tetinggal.nangis.*
Eh ini bukan jejari ketam ye. Ini tempe malas tanpa sambal kicap.
Dan sayur campur. Housemate buat, sy malas.
Oh nmpaknya masakan tengahari ni gabungan makanan dari Selatan Semenanjung eh. Tahniah la kan, sy sorang je orang belah Selatan dalam rumah ni. Lain semua Pantai Timur dan Utara. Awww rindunya nak balik rumah!
Sudahlah, mari makan sementara ada masa. Esok mula sibuk. Satu hari berkuliah di hospital. Hah cikgu-cikgu pun kena pegi hospital, bukan sekolah je. Semester ni kami banyak bergelumang dengan para doktor dan para therapist. Oh sy sngt suka subjek Terapi Dalam Pendidikan Khas! Sbb bnyk keluar instead of duduk dlm kelas belaja teori je wekkk tak larat tau tak. Bila banyak keluar-keluar maka kita akan semakin bz. Yeayy sy suka bila bz sebab awak pun bz kan :)
Selamat makan. Jaga diri. Selamat study. Semoga berjaya. Jangan tension. All the best.
Nota Bawah Kaki: Kalau orang Sarawak agaknya apa lauk favourite kat sana ek? Daging/ayam masak lada hitam i guess? sbb Sarawak kan pengeluar biji lada hitam utama. hekhek :D
Mood masih stabil walaupun selsema dan rindu....errkk...


6 comments:
nape kaler nampak pekat? masak lemak tu la
err.. mula-mula pucat sikit pastu tmbah serbuk kunyit sikit
masak lemak cili api kalo gune serbuk tak mantap sangat rasa dia. lenkali try dengan kunyit idop baru tip top. lebih true. pehtu jangan pecah lemak baru cun. aku tau ko tau dah bende2 ni.
sss.. aku terliur dengan post kali ni. siap ade tempe. laparrrr T-T
fuh..mmg aku x tau pun.haha. eh tp kunyit hidup pun aku masuk tp tu la mcm pucat sket kaler dia.
thanx wrq, lenkali blh improve :)
balikla malaysia boleh makan tempe hari2! :D
tu la..stok sambal tempe aku pon dah nak abes ni. nak nanges rasa. isk. makan pon sehelai2 takut abes. baru nk masuk bulan 2 ni. isk
kahkah sabarla menempuh hidup di perantauan, bro. sikit lagi. eh lama lg, thn dpn br habis kan. haha okay sila bertabah! :D
Post a Comment