![]() |
| I MEAN IT |
Klip.. Pop.. Klip.. Pop...
Bunyi mata berkelip.
Nak kata pejam celik pejam celik dah setahun rupanya blog ni dibiarkan terbengkalai. Apolah kejap bona maso berlalu.... sobs :(
Nak kata pejam celik pejam celik dah setahun rupanya blog ni dibiarkan terbengkalai. Apolah kejap bona maso berlalu.... sobs :(
Sampai aku pun dah hilang ingatan cemana cara nak menaip post kat blog ni.
ARRGGHHHHH WHAT A NEW LIIIIIFFFFEEE!!!
Setahun weh setahun! Gila tak banyak benda yang berlaku dalam setahun ni??? Sayangnya tak update. Tak dapat la anak cucu Nenda yang bakal jadi pembaca setia belog ni nanti nak tahu perkembangan hidup Nenda selama setahun ni kan. Tulah Nenda ni konon-kononnya hari tu dah jadi seorang yang pendiam dan bersopan-santun lambang umur semakin meningkat dewasa. Tu yang tetibe nak berenti merepek kat belog ni kononnya. Tapi sekarang memandangkan hidup Nenda semakin menjadi warna-warni Aidilfitri, maka rasa rugi pulak kalau Nenda tak teruskan mencatat kat sini. Untung-untung dah tua nanti boleh Nenda baca balik belog ni, maklumlah Nenda ni kan pelupa orangnya -__-'
Okaylah okaylah Nenda pendekkan cerita. Tapi tak pasti la dapat jadi pendek ke tak ni kan.
Setelah melalui pelbagai onak dan duri lah sangat, duka dan bahagia (ewah), akhirnya pada tahun lepas saya berjaya menamatkan pengajian sarjen mudabelia dengan Ijazah Kelas Kebiasa-biasa aje. Yang pasti tak berjaya dapat First Class. Harhar. Alhamdulillah syukur. Dapatla jugak merasa bagaimana perasaan menyarung Jubah Gemok bersama Topi Papan Mortar dan bercatwalk di atas pentas dengan hidung kembang sekembang-kembangnya hewhew. Sementara menunggu posting, sempatlah juga saya bekerja sebagai Cikgu Tadika mengajar si omey-omey omot-omot pannggg lempang kang! Dan setelah 6 bulan menjadi penganggur separuh masa, kini aku tercampak secara beramai-ramai di SARAWAK! Ah akhirnya.
Eh eh bukan tercampak. Tak baik. Betulkan balik. Dan di sinilah saya ditakdirkan oleh ALLAH s.w.t sebagai tempat terbaik untuk mencari rezeki sambil menimba pengalaman hidup. Gitteeww positif sangatlaa aku ye daaakk.. Padahal masa dapat tahu dapat Sarawak haritu, ada la sorang makcik ni termenangis la jugak kan sampai teresak-esak dan tak terkata apa-apa apabila dipujuk oleh ayahnya huahuahua tak maluuuuu :P
Sampai nak masuk boarding gate kat KLIA tu pun tetibe termenangis lagi depan orang lain pastu tutup muka dengan bantal busuk sebab malu. Eeeee anak sapelah tuu!!
Sampai nak masuk boarding gate kat KLIA tu pun tetibe termenangis lagi depan orang lain pastu tutup muka dengan bantal busuk sebab malu. Eeeee anak sapelah tuu!!
So 1 Julai 2013 ialah tarikh keramat bagi kami batch PISMP Ambilan 2009. 1 Julai tarikh rasmi penempatan di seluruh Malaysia. Alkisahnya memang beribu-ribu guru baru dihantar posting ke Sabah & Sarawak tak kira lelaki tak kira perempuan. Ah stendeeeekkk! So dalam masa seminggu bermula 1 Julai tu memang siang malam penuhla KLIA dgn guru-guru yang segak-segak dgn wajah yang gusar-gusar belaka bersama beg-beg serupa takmau balik dah. Yang lelaki ramai bawa bag hiking je. Dah sedia nak posting pedalaman 3 dalam hutan belantara nampaknya. Haha.
Maka tibalah giliran saya untuk terbang semakin jauh. Yela dulu Terengganu, sekarang Sarawak pulak. Flight saya jatuh pada hari pertama, pukul 9.30 malam. Masa tu buat hati kering dan redha je. Cuma duk risaula jugak takut dapat pedalaman. Wa takut haiwaaaannnnn derrr!!! :'(
Dan sampai kat Sarawak, dari airport kami diangkut pula ke hotel penginapan. Hamboi macam percutian je lagaknya kan. Hotel mahal pulak tu, untungla katenye.. Kat hotel barulah dapat surat penempatan. Ketaq-ketaq tangan ceq nak tengok ceq dapat daerah mana. Takutlah dapat jauh-jauh lagi sampai ke Sibu ke Mukah ke Baram ke Limbang ke ahh poyo je macamla aku tau semua tempat tu. Sekali tengok KUCHING. Argghhhh KUCHING?? Leganya seperti dapat melepaskan sembelit. Sujud syukurrrrrrr! Kuching tu bandar. hehe :D
Begitulah kisahnya. Tapi tu baru intro. Kesimpulannya di sinilah saya sekarang, di Bandaraya Kuching Sarawak mencari rezeki. Mau makan tahun jugak saya kat sini ni. Tak 3 tahun, 5 tahun. Tak 5 tahun. 10 tahun. haha :D
Lepas ni banyak lagi benda nak diconteng dalam blog ni pasal kehidupan dan perasaan tinggal di bumi Sarawak bertuah ni. Ehem bertuahnye Nenda ye cucu cicitku.. Sekian wassalam dulu. Lain kali Nenda menaip lagi.
Lihatlah wajah Mama yang ceria dalam setiap gambar. Sikit pun beliau tak menangisi pemergianku ini huuuuuuu :(
Terima Kasih tak terhingga kepada keluarga dan kawan-kawan yang sudi datang hantar saya dan say bye-bye dan solat sama-sama dan peluk-peluk dan lap air mata. Tenkiu Lysah & Nuna
A gift with lotsa LOVE. Yes Love Is Everywhere. Thank You again Nuna & Lysa :)
Dan sampai kat Sarawak, dari airport kami diangkut pula ke hotel penginapan. Hamboi macam percutian je lagaknya kan. Hotel mahal pulak tu, untungla katenye.. Kat hotel barulah dapat surat penempatan. Ketaq-ketaq tangan ceq nak tengok ceq dapat daerah mana. Takutlah dapat jauh-jauh lagi sampai ke Sibu ke Mukah ke Baram ke Limbang ke ahh poyo je macamla aku tau semua tempat tu. Sekali tengok KUCHING. Argghhhh KUCHING?? Leganya seperti dapat melepaskan sembelit. Sujud syukurrrrrrr! Kuching tu bandar. hehe :D
Begitulah kisahnya. Tapi tu baru intro. Kesimpulannya di sinilah saya sekarang, di Bandaraya Kuching Sarawak mencari rezeki. Mau makan tahun jugak saya kat sini ni. Tak 3 tahun, 5 tahun. Tak 5 tahun. 10 tahun. haha :D
Lepas ni banyak lagi benda nak diconteng dalam blog ni pasal kehidupan dan perasaan tinggal di bumi Sarawak bertuah ni. Ehem bertuahnye Nenda ye cucu cicitku.. Sekian wassalam dulu. Lain kali Nenda menaip lagi.






2 comments:
yay ade update! haha. aku harap sarawak adelah cabaran baru untuk ko n jadikan ko lebih power dan matang sebagai guru. gua saspek n respek sama guru2 ni wa tak tipu.
semoga berjumpa jodoh jugeee. weee
hoi warouq! haha. (dah hoi2kan org pastu gelak pulak :P )
kau pun masih berlegar-legar di dunia blog ni lagi rupanya.
masehh aa bro atas ucapan lu.
lu saspek gua, gua saspek lu balik :D
Post a Comment