Saturday, June 16, 2012

Tak Jumpa Ruang Nak Tulis Tajuk Entry

Nota Atas Angin: 


Aku tak pernah lupa yang aku ada blog. Yang aku lupa, macam biasa. Password.






Dua minggu lepas Maisurah ada bagitau dengan suara lembik-lembik dia, "Angah. Kak Diana tu kan... yang dah bertunang tu kan.. DAH KAWIIINNNN!" *sengih-sengih*


"Diana mana?" 


"Alaa.. yang.. Kak Dena tu. Yang comel tu!"

Oh yang tu. Alaa yang tiba-tiba famous sebab video dia pasal kisah pertunangan dia tu tersebar secara membahabibuta tak lama dulu tu. Yang tipikal love story paling aku suka atas dunia tu sebab simple tapi manis sampai hisap jari tu. Yang plot love story yang paling aku angan-angankan sepenuh jiwa raga sejak dahulu kala konon-kononnya tu.

Ala yang ni ha. *terus 'rewind' video dia seolah-olah ada LCD Projector dalam kepalahotak*


Tapi baru hari ni aku tergerak hati nak tersinggah belog beliau and and and....  Tertengoklah entry-entry kahwin beliau. Sebenarnya saya 'tak suka' tengok gambar-gambar orang kahwin terutama sekali gambar-gambar santai lepas nikah (bukan majlis kahwin) sebab aku jeles. Jeles la wei dorang bleh sentuh-sentuh cuit-cuit lentok-lentok peluk-peluk suami dorang dengan sebegitu halalnya. KAU ADA??


http://denakamarulbahrin.blogspot.com/2012/05/1-my-love-story.html
http://denakamarulbahrin.blogspot.com/2012/05/2-my-story.html


Taktahulah ada berapa part love story yang beliau conteng di blog beliau setakat ni. Mungkin tiga mungkin empat atau mungkin sampai dua belas, tak sanggup nak tengok semua. DASAR JELES huh!!
Yang saya baca betul-betul cuma Part 1. Dan dia ada cerita perasaan dia di sebalik perkahwinan ni. Tak semuanya indah, tapi ending dia nak gila punya indah kau tau tak. Rupa-rupanya dia ada suka orang lain tau selama ni sebelum dia terima lamaran suami dia! Hewhew kemain kau gosip ye Bedah.


"For Allah Sake, This is beyond my expectation. I asked Allah for the best man and the best love story. He gives me the best man for me and the best story I could ever imagine." - The best part of her story.



Agak-agak bila dia start berdoa semua ni eh. Doa tentang jodoh dia. Dan Allah kabulkan doa dia pada usia dia 20 tahun.
Aku masa umur 20 sibuk duk bercinta. Tah ape doa masa tu. Arrghh arghhh! *stress tetiba*


Gigit jari tanda kesal.



Jangan tanya bila kau akan merasa apa yang kau lihat pada orang lain, tapi tanya layak tak kau.




(Kekeliruan identiti. Kejap aku kejap saya. Sebab dah lama tak tulis blog jadi dah lupa cara tulis dengan mesra)

Satu lagi typical love story yang paling di-admire-kan.





Nota Bawah Kaki 1: Runsing pikir bila, bagaimana, sempattakaku nak bahagiakan Mama. Benda simple pun takbleh buat! 


Nota Bawah Kaki 2: Bye Seremban. Terengganu again for final semester. Tak happy jugak masalahnya.

No comments: