Sunday, April 1, 2012

Gua Nak Propose Lu, Agak-agak Lu Sudi Tak



Gua 'setereh!' tengok orang lain punya proposal Action Research dah siap atau sekurang-kurangnya dah nak siap.

 
Pastu gua duk nebes pikir sem depan lepas siap thesis ni kena present plak. Present saje takpe. Satgi kena hentam dengan segala jenih soalan dengan panel. Lu tak nervous ke bro!

 
Cane eh nak urus hidup? Saya sampai dah ada penyakit takut nak tidur malam sekarang ni. Takut nak tidur sebab takut tak bangun. Takut tak bangun sebab nanti kerja tak siap. Takut kerja tak siap sebab nanti takleh grad. Takut. Takut. Takut. Semua benda nak takut.


"Mengurangkan Masalah Tingkah Laku Disruptif dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas Melalui Pembelajaran Aktiviti Invidu"


Tajuk thesis. Serius tak confident boleh ke tak. Boleh ke. Boleh ke. Boleh ke!!
Pastu rasa macam ada yang tak kena dengan tajuk ni kan. Tapi di mana ya.

 
err.. antum dan antunna semua, sudi tak doakan ana supaya dipermudahkan segala urusan tahun akhir ana dan ana dapat tamat belajar dengan cemerlang?
TERIMA KASIH DAUN KELADI TAHUN DEPAN JUMPA LAGI.


 
(nak mintak tolong orang doakan barulah nak cakap elok-elok ber-ana antum enti bagai kan :P )


Nota Bawah Kaki: Dengar bunyi pelik-pelik dekat tingkap bilik malam ni. Saya dah baca Manzil. Takde pape kan. Kan. Allah lindungi kan.

No comments: