Saturday, February 18, 2012

Current Updatelah Kira....


Dah lamo acik tak nulih dairi ni ha kan. Dah berabuk blog uhuk uhuk! (ayat tipikal blogger-blogger yg dah lama tak update belog dorang ingat dorang comel kot buat uhuk uhuk konon-konon belog dorang berabuk padahal mana ada habuk pun?)
Eh datang datang nak cari gaduh dengan orang lain. Heh :P



Say hello to the world.

Alhamdulillah dapat harungi setiap hari dengan jayanya setakat ni. Baru-baru ni kecoh kat rumah sewa saya ni pasal gangguan makhluk halus. Ada housemate kena ganggu. Bila tanya ustaz, ustaz kata ye memang ada beberapa ekor di sekitar rumah ni tapi diorang bukan menetap kat sini. Cuma datang sekali-sekala, gatal-gatal nak jenguk 6 ketul perempuan dalam rumah ni gamaknya. Mentang-mentang kitorang takda mak ayah kat sini :(


Tapi bila pikir-pikir balik, ada baiknya jugak bila berlaku benda ni. Sebab sejak akhir-akhir ni, kira-kira sejak start praktikum, hidup saya agak kucar-kacir. 24 jam sehari tak cukup untuk hidup dengan aman. Hal-hal ukhrowi memang banyak tinggal. Al-Quran jarang-jarang dah baca. Habis baik pun seminggu 3 kali sama dengan 6 muka surat je. Tu habis baik, habis tak baik? Weekend je baca.
Maka disebabkan perangai penakut nauzubillah saya ni, saya pun mula baca ayat-ayat pelindung diri. Ayat Manzil yang selama ni tak penah baca, sekarang ni setiap hari akan cuba jugak cari masa untuk baca. Pesan Mama, "Al-Quran jangan tinggal." 



Oh ha. Sekarang saya tengah berpraktikum akhir. Praktikum akhir woi! Hehe :D
Sekolah kali ni diam eh kek tongah-tongah banda tu aa ha. Dan paling den tak suko bilo tetiap pagi nak poie skolah tak sahla tak jammed. Pastu lagi den hangin bilo time org sibuk nak poie kojo ngan skolah tu la ado lori balak lori pasir lori minyak bosar gedaah ateh jalanrayo. Takpun ada makcik-makcik naik keta antik nak pi pasar. Adoi paneh hati boto la. Kan dah susahkan kitorang nak pi sekolah. Hari-hari lambat sampai sekolah. Setakat ni belum penah kena sound dengan GB lagi. Tak taulah esok lusa.


Ni lah harta dunia paling penting waktu praktikum ni. Disebabkan dia lah setiap malam tak tido. Lesson Plan tak 4-5 muka surat kira macam tak sah. Tak siap mendalah ni, satu kesalahan sangat besar. Cuma taklah taraf berdosa kot? Ke berdosa jugak sebab tak amanah dengan tugas? Ke guane.


Sekolah ni Alhamdulillah okay. Saya boleh adapt dengan environment dia. Cikgu-cikgu seemuaaaaaa okay!! :) *penting tu - persekitaran kerja yang harmoni*

Tapi, sekolah ni sangat aktif. Sangat sibuk. Dan selalu terima pelawat. Penaung PIBG sekolah ni Sultan Mizan sendiri sebab dulu anak-anak beliau sekolah kat sini. 
Cikgu-cikgu dia terutamanya cikgu-cikgu Pendidikan Khas jenih yang sibuk-sibuk. Bukan sibuk-sibuk bergosip, tapi memang jenih komited dengan kerja tak kira tua tak kira muda tak kira dah kahwin tak kira dah beranak enam. Jadi secara tak langsung, kitorang yang cikgu praktikum ni pun terpaksa sibuk sekali. Setiap hari kena balik lambat. Pelik sangat ye kalau balik awal. Kalau saya dah ada kat rumah sebelum Asar, housemates yang lain akan tanya "Eh, awal balik hari ni?"
Even cikgu-cikgu dia pun balik lambat, yang balik awal tu just bila anak sakit kat rumah, atau pegi check perut mengandung. Tu yang jadi kitorang pun makan tak lena tido tak kenyang tu. Makan tah pukul berapa, tido tah esok lusa. 

Maka dengan itu, weekend memang sentiasa dinanti. 

Katil yang setiap hari tak sempat kemas. Kadang-kadang tak sempat sentuh pun apetah lagi nak baring.


Cumanya bila praktikum ni, anak-anak murid lah yang jadi gula-gula yang men-sweetkan hari-hari kita. Even dorang nakal dan tak dengar kata pun, tapi dioranglah racun dioranglah penawar. Ecewah :D


Kali ni saya dapat anak murid ramai yang dah besar-besar. Cabarannya diorang ni jenih tak takut dengan cikgu pelatih. Jenih tak dengar kata sikit bila dengan cikgu pelatih ni siap boleh buat nganjing lagi. Cabaran lagi bila saya tak paham bahasa Terengganu diorang dan diorang pun tak paham bahasa standard saya. Banyak kali dah saya kena, bila saya cakap bahasa standard, diorang ejek.... kuanghasam.
Hari tu saya cakap: "Sekarang kita akan bancuh air... "
Budak-budak tu semua beliak-beliak mata "Ha?? Bancut? Bancuh? Mendape bancuh?!"
"Cikgu ni orang ape??"
Eh, ingat aku orang asli ke.



Tapi macam mana nakal pun anak murid tu, sorang cikgu takkan benci anak murid dia. Takkan.
Sebab perasaan sayang tu bercambah secara otometik dan takda ruang untuk perasaan benci  :)


Yang anak murid kecik-kecik pulak, jenih excited. Curiosity tersangat tinggi. Semangat nak belaja memang tinggi sampai ikut sama datang depan kelas masa cikgu ngajar. Jenih punggung tak lekat atas kerusi.

 Paling comel di hati :)


Yang paling best, ada seorang anak murid yang problem sumbing so suara dia sengau. So bila dia panggil cikgu bunyi "Ek 'u ek 'u!" Comelnya Ya Allah suara dia :D
Bersembang dengan dia best sebab boleh menguji ketajaman fikiran kita untuk translate apa yang dia cakap. Kadang-kadang saya rasa saya bijak gila bila dapat teka apa yang dia cakap. Haha :P

"Ek 'u, ek 'u. Ik'e 'a'e 'u'ing." Ha, siapa dapat translate meh nak belanja aiskrim Malaysia dua posen :D

Translation: "Cikgu, cikgu. Kite ade kucing." :)

*Kisah ini sama sekali tidak dengan niat untuk memalukan apatah lagi mengejek murid tersebut, cuma berkongsi pengalaman*




Lagi yang menarik, ada sorang murid ni nama dia Shahrul Ikmal. Sebijik macam nama kawan saya dulu. Kawan yang tak penah saya jumpa tapi paling saya tak lupa. At least saya jumpa jugak Shahrul Ikmal kat sini :)
So instead of panggil dia Shahrul macam cikgu-cikgu lain, saya prefer panggil nama dia Shahrul Ikmal. 
"Shahrul Ikmal, buat apa tu?" :) Tapi dia tak boleh bercakap pun.




Well, semua orang pun sibuk kan. Bukan kita sorang. Semua orang ada tanggungjawab dan cabaran hidup masing-masing. Kalau ikutkan sebenarnya saya tak kuat nak hadapi semua ni. Tapi alhamdulillah setakat ni, sy dapat rasa Allah dah permudahkan banyak benda dalam hidup saya. Dan of course semua tu berkat doa Mama Ayah yang setiap hari doakan saya :) 

End of weekend. Esok start hari-hari sibuk balik. I HATE SUNDAYS :(

2 comments:

Anonymous said...

awak ni seorang cikgu yang berhati mulus dan baik. awak hebat. saya sanjung orang seperti awak ni. awak boleh pergi jauh.

-wrq.

Cik Mas said...

ha'ah awak pun bolehlah pegi main jauh2. PANGGG.