Thursday, December 1, 2011

PART TIME WORKER



Saya boleh consider diri saya sebagai wanita (?) bekerjaya lah kot sekarang. Walaupun kerja sementara. Start dari minggu first cuti sekolah minggu lepas, saya dah dilamar oleh seorang jiran untuk jadi pekerja di rumah beliau. Kerjanya buat karipap frozen. Alah macam tahun lepas jugak. 


Start minggu kedua iaitu minggu ni, saya dinaikkan pangkat (nak sedapkan hati). Kalau minggu lepas start kerja pukul 2.00 -5.30 petang. Tapi minggu ni start pukul 9 pagi - 5.30 petang dengan pelbagai jenis kuih-muih dan kerja-kerja dapur yang saya uruskan. Tapi semuanya sekitar dapur jelah. Oh lupa, jiran saya tu kerjanya berniaga pelbagai jenis kuih-muih dan makanan selain karipap frozen. Ada laksa, kuih ketayap, burger Malaysia, seri muka, lopes, kaswi, cucur udang, donut dan air soya.  Ada gerai kecik depan rumah beliau yang dibukak dari pagi sampai penghujung petang.


Jadi tugas saya ialah jadi selaku Kitchen Assistant (KA). Ada taraf-taraf Assistant Manager tak agaknya. TAPI NI LAH NAK DIKOBAR AN KEK WAGHIH SEMUO, MEMANG PONEK AMEK LAH KOJO KEK DAPO NI HA. TAK BOGHONTI BUEK KOJO DARI PAGI, LOLAH DEN DIBUEK EH!! 
*terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka: Tapi inilah nak diberitahu kepada semua saudara-mara/rakan taulan, memang penat sangat lah kerja kat dapur ni. Tak berhenti buat kerja dari pagi. Lelah hamba dibuatnya.

 


Ye begitulah. Balik rumah satu badan menggigil kepenatan. Malam lepas Isyak lelap terus. Terus saya terfikir, penatnya hoi kerja suri rumah daripada kerja cikgu :(


Dan sebab tu lah sejak kebelakangan ni saya semakin kurang bersosialisasi sesama rakan di alam maya. Sibuknya kalah Menteri Perumahan. Sampai tak sedar hari ni dah 1 haribulan 12. Malam kalau tak mengantuk lepas Isyak layan cerita Korea dulu. Sama Running Man. Heh heh mangkok ayon punya lawak RM ni. Memang kalau online tak layan dah Facebook :P


Dan pelbagai jenis lagi Korean Reality TV Show macam Thank You for Waking Me Up, We Got Married dan apa-apalah lagi yang best-best kalau nak dibandingkan dengan Amekaw TV3 yang hentahhapehape tu. Well, gua bukanlah suka sangat dengan Korea-Korea ni kan. Laki Korea pondan-pondan okay. Mata sepet kulit putih seluar ketat pergh gila tak minat gua tengok. Tapi nak buat macam mana, dewasa ini, Drama Korea seperti satu trend dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Tak remajalah kalau tak ikut trend :P


Cuma bila tengok cerita Korea saya tak nafi saya cemburu dengan kecantikan pelakon-pelakon utama perempuan dia. Dengan kulit putih kaki tirus hidung mancung mulut pink mata sepet tapi cantik. Masalahnya kalau pelakon pembantu tu kan, sampai hati betol diorang ambik yang muka ala kadar je kan.


SS501's Thank You For Waking Me Up. 
Ini memang sumpah kelakar.

Satu harapan saya. Saya amat berharap dengan pengalaman kerja ni, saya akan pandai memasak satu hari nanti :)

2 comments:

jumb0 Gem0k said...

MAS,AKU BANGGA DGN KO..AKU NI YG DAH JARANG MASAK SKG NI...ASIK BZ JE MANJANG...BGUS MAS,,NNT NK RSE KUIH2 KO...LAPA LAA...EH,PUASA LA!

Nadzirah Hamid said...

memang sangat terbaeklah anda ye. saya tabik spring.ni ko tukang goreng ke tukang uli ke tukang lipat2? buat delivery ke kerinchi x?