Okay tak jadi cerita pasal Raya Haji :D
Current issue ialah Final Exam. Eleh tak payah nak final-final sangatlah kan dah memang sejak azali budak maktab takde mid-mid term exam pun. Setiap sem pun final terus. SEKALI seumur semester :P
Makanya, minggu depan sudah exam dong. So sem ni kami ada 3 paper sesaje. Adik-adik junior silalah jangan jeles okeng. Sebab paper diorang ada 5 dan diorang exam selama 2 minggu :D
Hipotesis: Semakin anda menjadi senior semakin sedikit paper yang perlu anda exam, tetapi semakin sibuk kehidupan anda :P
14.11.2011 - Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas
15.11.2011 - Pemulihan Dalam Komuniti
17.11.2011 - Pentaksiran Dalam Bahasa Melayu
Selepas tarikh berkenaan, maka tamatlah tahun tiga kami secara rasminya Insya-Allah. Lepas tu cuti sampai tahun depan. Lepas tu masuk tahun empat merangkap tahun akhir yeaaaayyyy!!!
Kau tak tahu betapa aku rasa laaamaaaaa sangat nak habis belaja. Memanglah kerja tu lebih susah, saya tahu. Tapi saya nak kerja. Saya nak bina karier, saya nak 'belajar' dalam realiti life pulak. Bukan ke PENGALAMAN ADALAH GURU TERBAIK? Kan. Kan. Kan jugak.
Tambahan pulak, kitorang dah mula menghitung gaji yang bakal diterima bila start kerja nanti. Muahaha :P
Okay jangan risau. Gaji cikgu Alhamdulillah insya-Allah bolehlah suam-suam kuku setakat nak sara diri sendiri yang bujang dan belanja adik-adik tengok wayang walaupun tak semahal gaji penjual Monavie mahupun Herbalife -____-'
Okay jangan risau. Gaji cikgu Alhamdulillah insya-Allah bolehlah suam-suam kuku setakat nak sara diri sendiri yang bujang dan belanja adik-adik tengok wayang walaupun tak semahal gaji penjual Monavie mahupun Herbalife -____-'
Dan bantu mak ayah sikit-sikit. Dan kumpul duit sikit-sikit. Dan... hmm..
Apa benda aku cerita pasal gaji ni exam pun belum lagi apatah lagi nak kerja, tamak betol. Jauh gila lagi perjalanan banyak gila lagi rintangan!!
Tak, ini tandanya kita ada wawasan. Wawasan tau tak. Barulah ada usaha.
Okay okay. Nak study la ni. Kejap lagi.. kot. Kot la... :P
Eh, sebelum saya membawa diri sempena exam sini ada satu video yang super kelaka dan super cool yet comel. Jangan bagitahu orang yang saya ketawa macam nenek-nenek sedang mengumpat sambil kunyah daun sireh dan gambir sebab tengok video ni. Nanti takda siapa nak masuk meminang.



13 comments:
AH KAUUUU...
CITE BERJELA STDYNYA MULA BILAA??
=P
kejap. tengah makan kuih cek mek :D
"Hipotesis: Semakin anda menjadi senior semakin sedikit paper yang perlu anda exam"
hipotesis anda tak tepat. exam final aku kenapa ada 20 paper? ini tak adil.
"Kau tak tahu betapa aku rasa laaamaaaaa sangat nak habis belaja."
kau nak kena lempang?
"Okay jangan risau. Gaji cikgu Alhamdulillah insya-Allah bolehlah suam-suam kuku setakat nak sara diri sendiri yang bujang dan belanja adik-adik.."
kau ingat gaji cikgu sikit ke? dekat 3 riban ok.
1) hipotesis anda tak tepat. exam final aku kenapa ada 20 paper? ini tak adil.
oh itu budak medic. budak medic memang tak adil. haha :P
2) kau nak kena lempang?
suruhlah Kak Dian lempangkan :D
(lama woi aku belaja kau cuba kira!)
3) kau ingat gaji cikgu sikit ke? dekat 3 riban ok.
cis, mana kau tau ni.haha. ini rahsia. aku takmau kongsi gaji aku dengan suami aku nanti. kehkeh:P
itu baru gaji bulanan. belum masuk gaji tunggakan perumahan, elaun program luar sekolah, claim sana sini. 3 riban lebih kadang boleh cecah. kaya woo cikgu zaman sekarang.
Masirah Mukhtar likes comment above
($_____$) :D
senang idup jadi cikgu eh :)
Taktaula senang tak senang, Anonymous. belum jadi cikgu lagi pun :)
Tapi, jadi apa pun, kalau Allah berkati semua senang. tak gitu ke.
tudia~!!!!jd cekgu jgn lupekan aku plak..market....
pergh. Streamyx Customer Service Executive lagi market la!
lopeh ni executive tukar keto laaa baru hebbak :P
bengong ko. lame aku tak online, ni keje ko? sepak nk? doakan aku lepas test die r psni. klu x,xdapek kojo do...
seriously. kita kena sembang kencang lepas ni. aku nak tanya banyak2 pasal new life kau! :D
cpt mlawat aku pls.
Post a Comment