Oh kau takkan paham betapa aku sangat benci dengan sifat semulajadi diri sendiri yang selalu lupa setiap password dalam pelbagai jenis aplikasi menggunakan Internet mahupun mesin ATM atas dunia ni.
Tengok sekarang entah dah keberapa puluh juta kali account maybank2u saya kena block sebab saya lupa password lepastu bodoh gila dah tau lupa nak jugak try bermacam-macam jenis password yang high possible kononnya. Dan akhirnya kena block terus.
Tak tahulah mungkin ini satu anugerah jugak so that bila dalam satu situasi konon-kononnya saya kena kidnap dengan perompak-bodoh-takde-kerja-lain-selain-merompak-ke-hah? dan dorang paksa saya keluarkan duit daripada ATM/maybank2u maka dorang tak berjaya rompak saya sebab saya tak ingat nombor pin/password.
Heh heh heh... berguna jugak otak pelupa ni.
Boleh ke camtu? -____-"
Bukan tu saje, segala password Facebook, E-mail, YM, Skype mahupun Youtube semua pun sy tak ingat sebab saya guna auto log-in/sign-in. Tonton.com je sy terpaksa ingat sebab dia memang takbleh auto sign-in.
Dan alkisahnya, no. pin ATM pun saya boleh tak ingat terutama sekali kalau dah lama tak keluarkan duit. Nampak sangat cash kat tangan banyak bebenau ye tak sampai lama tak perlu keluarkan duit. *padahal duit dalam bank yang tinggal habuk*
Oh dan satu rahsia, ini memang betul-betul rahsia sebab selain Allah Ta'ala, takda sekelumit manusia pun yang tahu bahawasanya no pin Giro saya adalah gabungan tarikh lahir saya dan eksbopreng yang telah digunakan bertahun-tahun lamanya tak pernah bertukar walaupun kadnya pernah bertukar sebab hilang.
Oh dan satu rahsia, ini memang betul-betul rahsia sebab selain Allah Ta'ala, takda sekelumit manusia pun yang tahu bahawasanya no pin Giro saya adalah gabungan tarikh lahir saya dan eksbopreng yang telah digunakan bertahun-tahun lamanya tak pernah bertukar walaupun kadnya pernah bertukar sebab hilang.
Sekarang dah tak jadi rahsialah sebab dah bagitahu dekat belog.
Hekhek macam tah pape kan buat no pin gabung tarikh lahir dengan bopreng. Lantaklah walaupun saya tahu ramai je orang lain yang buat cenggitu konon-konon sweet loving couple ever tapi saya tetap rasa saya macam bongok gila sebab buat macam tu jugak. Itu pun saya buat sebab satu hari masa kami sedang masih hangat berkasihan tah macam mana dia boleh bagitau saya yang no pin dia ialah ****** hasil gabungan tarikh lahir kami berdua. Masa tu saya rasa ohmakkau sweet gila kau buat gabung-gabung tarikh lahir aku dengan kau! Maka untuk menambahkan rasa manis tu saya pun terus pegi tukar no pin ATM sy guna no yang sama dengan dia jugak. Sebelum tu sy guna no IC sy je.
Sudahnya sampai sekarang pun walaupun dah lama terputus hubungan berkasihan tu, sy tetap setia guna no pin yang sama sebab kalau ubah nanti konfem-konfem sy tak hingat lagi. Kau ingat senang nak create kombinasi nombor yang significant dengan diri dan hidup kita serta mudah diingat sampai ke saat menghembus nafas terakhir?
******. 6 digit nombor yang dah sebati dalam ingatan saya. So sy decide untuk terus guna nombor tu walaupun asalnya ada kenangan dengan nombor tu yang dah taknak sy ingat tapi pedulik hape. It's just a number. Kenangan jadahnye lagi. Lagipun sy rasa itu nombor paling selamat sebab takda sapa pun tahu. Kalau guna tarikh lahir kita sendiri atau no IC gila bahaya weh kau bayang kalau dompet kau kena curi sekali dengan ATM card dan IC, senang-senang pencuri durjana tu boleh trace no. pin kau sebab mostly org memang guna no IC sebagai no. pin sebab senang nak ingat.
Jadi untuk selamat, gunalah gabungan tarikh lahir anda dengan ekspobreng anda sebagai no pin atau password dan pastikan orang lain taktahu siapa eksbopreng anda dan tarikh lahir beliau. Eheh.
Saya rasa lepasni kena tukar no. pin dah -____-"


13 comments:
sweet sungguh kau mas, UNXPECTD :p
Suwit KEPALALUTUUUUTTTTT! -___-'
omak..ekau memang tenyato jonih suwit muwit taim berchinto.
argh tension lah aku camni!
eh Uncle Warouq bila nak update belog cite pasal honeymoon kat Songkhla... PASTI LEBIH SUUWEET GITTEWW! :P
kepalajanggut kau songkhla. phuket la. haha. aku tak tau la nak update ke tak. tutup blog pun macam best je rasa. ekeke..
haha ok Phuket. nasib baik tak Narathiwat si wilayah bergolak.
Woii. agak-agakla dah kawin terus nak tutup blog plak. eksyen betol!
so sweet lah dik mas...terus rasa nak tukar no pin gabungan dgn semua exbf kekeekekek
ahaha! sudah-sudahla kata sweet tu kak. tak sweet pun sekarang. haha! :P
oh akakkkk... sila sila... pilih eksbopreng yang paling tak diingati dan kawan-kawan tak kenal dan paling season, baru selamat no pin tu. heheh :P
eh,xterasa lah!haha.......
suwitnye pakai password gabung2 ngn anap....eeuuuwww!!!
IBU JARI DUA2 TGN SY ANGKAT UTK ANDA!=D
keep it up babe!hahaha
keep it up kepalalutut hang. nk keep apenye lg. haha :P
kau jelah teruskan usaha dengan paan eh! :D
Sebab dah ramai cakap ko suwiiit,so aku xnak r bazir ATP aku yg gile precious just for the sake of being redundant.
Makanya, aku nak gtau, TERBAEKK~!!!
and aku xpki no ic or no tarikh lahir utk no pin ATM aku. so aku xmasuk dalam golongan kebanyakan org yg ko sebut 2.
baiklah, tahniah okay sebab tak termasuk dalam golongan macam aku :P
ha bagus la kan? sukur alhamdulillah....
Post a Comment