Saya bukanlah pencinta kuih raya lagi-lagi kuih baru yang konon-konon moden dan sofistikated.
Satu sebab kuih raya zaman sekarang ni poyo je muka lawa tapi rasa dia hek eleh rasa tepung je pun. Second sebab kuih raya zaman sekarang pelik-pelik dengan kaler pening-pening, oren merah kuning biru hijau. Eh ingat sekolah tadika ke nak warna-warni bagai.
Tapi dalam banyak-banyak kuih raya satu yang paling saya suka adelah KUIH TAT. Tat nenas la ok jangan nak buat jem lain cek tak besa makan! And oh, tambahan lagi. KUIH TAT MAMA. Only from Mama :)
Sejak kecik sy paling gila dengan kuih tat Mama and tetiap tahun Mama mesti buat kuih ni time raya dan tetiap tahunlah sy melompat-lompat happy bila dengar Mama nak buat kuih tat. Bila dah besar tak melompat dah la sebab malu badan besar lemak bersepah tetiba nak lompat-lompat -____-
Masa kecik dulu Mama buat kuih tat bentuk bunga. Jem dia kat tengah-tengah. So masa makan kuih tu sy makan bahagian kelopak dia je (pastri) pastu jem sy bagi kat Mama sambil Mama bebel-bebel marah kat sy sebab tak makan jem sekali. Lepastu sebab Mama bengang dengan perangai sy tu, Mama buat style gentel-gentel letak inti belah dalam pulak so sy takbleh pisah-pisahkan jem dia dah. HAHA padan muka aku padan muka padan muka! Nak taknak kena telan sekali dengan jem.
Kuih Tat bentuk bunga. So sy gigit tepi-tepi dia je. Perangai macam tikus -___-'
Tapi masa sy sekolah menengah, Mama tak buat dah kuih tat. Bila sy tanya "Mama tak buat kuih tat ke tahun ni?" Mama kata "Malas!"
Pergh terguris hati anakandamu ni Ma. Bila dah Mama jawab macam tu sy pun diam jelah malas nak tanya nanti terguris lagi hati ni. Tetiap tahun hati terguris letihlah nak tanggung.
Jadi selama lebih kurang 5-6 tahun sy tak makan kuih tat Mama. Bertahun-tahun sy tak sebut langsung pasal kuih tat sampai sy pun dah hampir lupa pasal kuih tat Mama. Kusam gila rasa di hati selama tu. Haha poyo :D
Tiba-tiba adalah dalam satu tahun tu lepas sy dah masuk maktab, Mama kata "Ingat nak buat kuih tat la tahun ni. Lama Angah tak makan kan."
Ya Allah masa tu rasa mcm nak peluk cium Mama. Macam mimpi pun ada. Buatlah Mama please lah please! Tapi Mama bagi harapan palsu. Dia cuma kata rasa nak buat. Rasa nak buat means tak pasti lagi. So dia tak buat pun uhukuhuk. Sy kecewa. Sangat.
Mama tau sy kecewa. Bila pergi raya rumah org, jumpa kuih tat, Mama rasa. Mama kata, " Ha Angah, kuih tat ni sedap. Trylah."
Sy pandang seblah mata je. Sambil cebik bibir dan geleng kepala. Haha perangai annoying gila. Tumbuk kang. Tapi pedulik hape. Hati ni lagi tercalar tau tak. No way Mama no way! Angah nak kuih tat yang Mama buat je. Jangan nak pujuk Angah suruh makan kuih tat orang lain.
Sy pandang seblah mata je. Sambil cebik bibir dan geleng kepala. Haha perangai annoying gila. Tumbuk kang. Tapi pedulik hape. Hati ni lagi tercalar tau tak. No way Mama no way! Angah nak kuih tat yang Mama buat je. Jangan nak pujuk Angah suruh makan kuih tat orang lain.
Jadinya tahun seterusnya Mama betul-betul buat kuih tat. Mama buat jem siap-siap, bila saya balik Seremban dari Terengganu Mama terus ajak sy tolong. Lepastu tiap-tiap tahun Mama buat, sampailah sekarang :)
Tahun ni, balik buat kat kampung Kedah sebab tak sempat nak buat kat rumah Seremban.
So here are the beautiful moments with Mama and Ayong :)
Jem nenas gentel bolat-bolat. Nak gentel tiga segi pun takpa kalau nak rasa kena sekeh dengan Mama :D

Making the pastry. Ini bahagian Ayong.

Ada satu benda, kita gentel-gentel, buat lubang, sumbat jem, tutup lubang.
Cuba teka apakah ia? heh :P
Cuba teka apakah ia? heh :P
Ok this is my job. Buat lines atas tat and sapu kuning telur. Rasa comel gila buat kerja ni sebab adik sy yg Darjah 5 pun boleh buat :P

Comel kan Kuih Tat Mama. Takpa tak payah cakap. I knew it :P
Time for baking. Hah masa ni memang iman bagai diketuk-ketuk pasal bau dia argh argh tak tahaaann!
Hei awak kuih tat Mama dah siap la awak tengok sini! :D
OK presentation memanglah hodoh sikit tapi rasa dia tetap superb apa. Hodoh lagi bagus sebab yg hodoh takkan dihidang kat tetamu maka bolehlah masuk dalam mulut dan perut saya. Who cares about the look kan? Asalkan rasa dia sedap dah la kan :D
Sebenarnya yg sy suka kat kuih tat Mama ni pastri dia je. Sebab pastri dia SEDDDAAAPPPP GILA tak sama dengan yg org lain buat. Serius tak tipu. Sy takkan makan kuih tat yg orang lain buat sebab rasa dia takkan sama dgn yg Mama buat. Eh sorrylah sy bukan nak kata mak-mak awak semua punya kuih tat tak sedap. Sy cuma nak cakap kuih tat mak saya sedap dan saya suka mak sy punya kuih tat je. Kalau tak sedap pun sy tetap kata sedap. Sebab dia memang sedap. Ah tak paham sudahlah!
Introducing.. Tok sy Hajah Amnah Haji Ahmad.
Dan Tok sy lebih selim dan hot daripada cucu-cucu dia believe me!! T____T
Tapi siapa rasa kuih tat Mama saya mesti lepastu terus nak jadi menantu Mama KAHKAH. Eh sorry lagi sekali sy terlalu menyanjung tinggi kuih tat Mama saya, Anonymous loser kalau belum pergi mati sila jangan sakit hati OK :D
Selamat Hari Raya. Tau dah lewat tapi takpelah kan :)








8 comments:
aku teringat zaman family aku susah dulu aku tolong mak aku buat tat kat dapur sampai bertepung-tepung muka kitorang. nak jual punya pasal cari duit untuk beli baju raya anak-anak dia. hm~
tapi tat mak ko nampak marvelous la! nak rasa weh
wrq, jujur ckp cerita psl fmly kau susah tu sgt sedih :(
eh tak boleh. lelaki bujang je boleh rasa kuih tat mak aku. kau dah dikira tak bujang dah. haha :D
eh aku bujang apa lagi 5 hari. ekeke..
feewwiitt wrq bujang! :D
lepasni kau takleh dah la nk masuk group gadis2 single cam ktorg :P
aku rndu mak aku.
eh awalnya bangun. aku selsema semalam tak larat dah, tdo terus :(
aku suka tat jugaakkk..paan pon sameeeeeeeeeeeee
eleh eleh. so sweeeeeett :)
Post a Comment