Thursday, August 4, 2011

Yang Bakal Dirindu :)


Minggu ni sangat banyak benda yang berlaku sebenarnya. Ada yg best ada yg tak best. Tapi overall semua pasal kejadian-kejadian dan manusia-manusia kat sekolah :)

Hari Ahad. NBS 27 rosak. Terpaksa sy tebalkan muka mintak tolong cikgu lelaki tengokkan kereta. Cikgu S dan Cikgu Z tolong bawakkan pegi workshop sambil tu membebel pasal kereta banyak calar, angin tayar tak isi, tak pandai jaga kereta, bawak kereta laju blablabla. Sy diam malas nak menjawab. Sorang macam abang sorang macam bapak. 
Melayang jugak RM120 sebab engine censor rosak.


NBS 27 si Katak Hijau

Hari Isnin. Puasa. Alhamdulillah tak rasa macam puasa sangat. Mural sekolah tetap diteruskan. Sikit lagi nak siap tau! Semuanya lancar Alhamdulillah :)

Hubungan dengan cikgu-cikgu pun semakin baik sejak join buat mural walaupun selama ni saya banyak tolong makan je daripada melukis :D

 Mural minggu lepas masa baru 45% siap.


Hari Selasa. saya diobserve untuk subjek PJ. Saya suka sebab sy pakai baju dan tudung biru :)
Murid-murid seronok dengan aktiviti yang dibuat hari tu. Alhamdulillah.
Encik Safri pulak memang terbaik, dia bagi bimbingan yang paling mantap! Sy harap sy dapat baiki diri sy lepas ni.


Hari Rabu. Saya malas gila mengajar hari ni. Lesson Plan pun tak siap, mengajar dulu baru siapkan Lesson Plan. Sangat bosan kelas hari ni. Lepas kelas sy pegi tolong Cikgu Maznah dan Cikgu Zul buat mural. Cikgu pelatih haruslah terlibat dengan mural sekolah ok? Tapi sy memang suka conteng-conteng walaupun tak pandai! :D
Dan sy sangat malu dengan satu insiden.  Tengah kusyuk lukis mural '1 Terengganu', tiba-tiba Cikgu S datang senyap-senyap dari belakang letupkan mercun bawang. Saya terkejut sampai nak melompat dari meja sambil spontan melatah "Mak kau meletop bab*!"
Dengan bersaksikan Cikgu Z dan Cikgu D si GPK 1 (GPK 1 tu bhai jgn main-main!), Cikgu S gelakkan saya terbahak-bahak. Ya Allah, kenapa mesti binatang tu jugak yang terkeluar dari mulut saya? Depan cikgu-cikgu pulak tu! Tambah lagi, cikgu lelaki....   (T______T)

Sebelum balik sy wakil kawan-kawan yang lagi dua orang sempat bagi adela dalam 15 orang cikgu yang rapat-rapat sikit kuih buat bukak puasa. Kuih yang kitorang cuba-cuba masak sendiri :)
Dekat Cikgu S yang dah pedajal sy td pun bagi jugak, lagipun itu memang sempena Cikgu S dan Cikgu R yang dah nak habis Internship minggu ni.


Hari Khamis. Sy diobserve lagi untuk subjek Pendidikan Khas pulak. Encik Mansor suka dengan pencapaian kali ni sebab murid gembira buat aktiviti, tapi sy pulak agak frust sbb kelas agak tak terkawal. Budak-budak buat perangai hari ni. Sabar jelah kaduk.
Hari ni jugak sekolah meriah gila buat masak bubur lambuk. Sy sempat tolong sendukkan untuk packing bagi-bagi kat semua cikgu. Memang terasa indah gila suasana tu. Silap tak pasang lagu raya tadi :P


Dan macam-macam lagi peristiwa menarik. Pasal anak murid, pasal sekolah, pasal cikgu-cikgu.
Cikgu S dan Cikgu R yang sengal gila pulak mentang-mentang dah minggu akhir kat sekolah ni.
Cikgu Z yang mengada ajak keluar minum. 
Pasal kantoi bodo sendawa depan lecturer. "Eh awak tak puasa eh?" HAHA :D

 The students

The Teachers

Tinggal 3 minggu lagi kitorang kat sini. Kejap je rasa. Sy konfem sy akan rindu sekolah ni lepas habis praktikum ni nanti. 

Apa pun hari ni, minggu ni, walaupun penat selalu balik lambat tapi saya HAPPY GILA! Tima kasih untuk sesiapa yang doakan sy dan gembirakan sy :)
Weekend ni, saya nak berehat dengan senang hati.


Petang ni ada majlis bukak puasa kat sekolah. Mesti pegi! :)
SELAMAT BERBUKA PUASA SEMUA :)

4 comments:

jumb0 Gem0k said...

sbb da selalu melatah kua mende tu kot...tu bhy tu~adeh,,haha...i miss u....sila kutip segala pengalamn manis2 kt skola itu k...mesti ko sonok dpt kenal ngn 2dua cikgu laki yg sengal tu ken?boleh tlong ketika susah,hahahaha..

Cik Mas said...

itula pasal.aku dh lama kot benti sbut bnda tu, hr tu jd lg pulak. argh geram aku! :(

haha budak sengal dua org tu snior aku kt mktb jugak cuma masa kt mktb tak penah tegur. dorg mmg blh mintak tolong tp mulut puaka suka kenakan org. skt jiwa betul.

i miss u too babe :)

Anonymous said...

keh2..jadi tabiat smpai tua la tu gaknye..hi2..bese la tu cikgu2 laki usik2 manja..apa lg cik ira...da bg hint tu...lol

-MFS

Cik Mas said...

TAKNAK MELATAH SEBUT BAB* LAGIIIII!!!!! T_____T