Sunday, June 12, 2011

Surat Cinta Untuk Kementerian Pertahanan

Tepat pukul 11.38 malam. 

"Message Sent"


Argh Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah!
Siap jugak esei 2000 patah perkataan tu. Dua hari dua malam aku bertapa depan laptop mendraf idea, mencari maklumat dan mengarang esei. Satu hari dapat seribu patah perkataan. Dua hari dapat 2000. Lebih sikit 60 patah. Okaylah tu!
Jadi mintak maaf kalau lepas ni ayat sy sofistikated macam dalam esei. Penat aku mengubah identiti menjadi orang skema selama dua hari ni tau semata-mata nak siapkan esei ni. 
Siap, send kat emel Ayong.  Dengan harapan Ayong dapat print out malam ni dan esok boleh submit softcopy sama hardcopy ke Kementerian Pertahanan.
Eceh bajet macam esei aku tu bernilai jutaan puluh ribu ringgit dan berisi rahsia negara plak kan.


Oh sebenarnya Ayong mintak tolong saya buatkan esei dengan ayat menggoda berbunyi "Kalau sayang Ayong tolong buatkan esei". Cis, tak tergoda langsung!
"Esei apa? Bak tajuk." Gilalah, mithali betul aku, sekali suruh je aku buatkan. Yela wei, aku sayang kakak aku plus kesian dia sibuk pastu kena buat benda cikai bingai camtu.
Dia sibuk sampai nak becinta pun takda masa, inikan pulak nak buat esei sebanyak 2000-4000 patah perkataan. Gila hape! 
Dan lagi best, esei tu sebenarnya pertandingan anjuran Kementerian Pertahanan woi. Hadiah pertama seriban ringgit, hadiah kedua 700 ringgit dan hadiah ketiga 300 ringgit. Oh lupa sagu hati 100 ringgit, dapatla buat beli topup.
Sy memang tak target tinggi-tinggi, sy target RM1000 tu je! Tu pun sikit kan? 
Tolonglah doakan ada rezeki sy menang dapat tempat pertama walaupun esei tu atas nama Ayong tapi kalau menang dia bagi sy lah hadiah tu. Boleh buat beli baju raya dan ubat jerawat banyak-banyak tak pun buat modal pegi London Weight Management.


Berkenaan tangan yang kena sengat binatang comel semalam tu, hari ni dia punya sakit dah hilang tapi gatal dia bukan calang-calang wa cakap lu. GATAL MERENYAM sumpah aku rasa nak pegi garu dekat pagai dawai luar rumah. Tapi gagahkan jua sambil menaip esei yang dah berupa esaimen tu.


Isu yang dibincangkan dalam esei tersebut ialah *ha kan dah teresei ayat aku ni* "Keburukan Internet dan komunikasi atas talian."
Pergh mudah gila! Banyak kot keburukan Internet. Antaranya ialah berkenalan dengan seseorang di alam maya tanpa mengetahui identiti dan wajah sebenarnya, kemudian berkawan secara tegar selama beberapa bulan dan kemudian orang tersebut menghilang begitu sahaja meninggalkan kita tertanya-tanya dan terkontang-kanting dalam kenangan.
Eh aku cakap pasal siapa ni eh sudah sudah kena tutup lampu adik-adik nak sekolah esok!


Tetiba aku rimas tengok budak-budak pegi sekolah. Haha cane aku nak jadi cikgu ni?


Sesiapa yang baca ni jangan lupa doakan esei saya tu menang tau tau tau! Nanti saya belanja awak eskem coklat satu, dua pun takpa tapi jangan tiga nanti awak gemok mcm sy TERIMA KASIH! :D

Dan apahal kejap aku kejap saya ni? Pening la tu kan.


 Nak jugaaakk letak gambar padahal takde kenemengene pun ADOYAI!
Aku suka gambar ni sebab buntut rabbit dua ekor ni mcm gula-gula kapas. Kau hado??

Eh, bukan buntut, maksud saya ekor. Alahai apesal aku rasa ejaan buntut ni macam COMEL!

2 comments:

Anonymous said...

hado!!

Cik Mas said...

alah cumel nye lah an buntut kau ade gule-gule kapas! :D