Petang tadi sy pegi servis kereta dekat Perodua sebelah stesen kereta api Senawang yang baru bukak tu (saje nk bgtau Seremban dah ada stesen komuter sampai ke dalam ladang :P). Nak cerita inilah first time sy masuk kat bengkel dia tengok orang tu servis kereta. A'ah memangla first time, sebab ni first time jugak sy bawak keta pegi servis, sorang-sorang. Again. Oh aku sangat benci sorang-sorang! -___-
Aaa kita panggil apa eh orang yang buat keje-keje servis tu? Mekanik la kot? ok mekanik. Laki lah kan, tak penah lagi sy jumpa mekanik perempuan. Dia India. Perut boroi. Kepala botak. Sy syak dia peminum arak tegar. Sebab ciri-ciri peminum arak tegar macam tu la yg sy penah dengar. Perut jatuh. Kepala tak siap.
Dia yang ajak saya masuk bengkel tengok dia buat kerja. Mungkin sebab dia tau sy mmg bodoh bukan kepalang bab kereta ni. Jadi dia macam baik gila, sambil dia buat kerja dia cerita apa yang dia buat. Ini Oil Filter, ini minyak hitam, ini break service, ini itu ini ini. Sambil tu dia borak macam-macam, tanya pasal keluarga tanya pasal belajar tanya pasal boyfriend. Sy jawab sy takda boyfriend kalau u nak jadi boyfriend sy boleh jugak! (ok ini tipu) *muntah* :P
Lepas cerita pungpangpungpang, dia nasihat macam-macam pasal kereta, siap dia ajar sy lain kali datang servis tak payah ikut sangat cakap orang meja depan tu (kerani) kalau dia nak suruh tukar itu tukar ini, MAHAL! Kena tipu je engkau padahal semua tu tak perlu pun.
Tapi last sekali dia ajak saya pegi 'test-drive' kereta tu untuk rasa beza lepas servis dengan sebelum servis. Berdua. Dengan dia.
Saya mula langsi. Eh sangsi! Lu langsi lu mati wth aku takpaham ayat gangster ni.
Saya dah was-was sambil bayang macam-macam. Aku bayang tak dekat-dekat punya, memang aku bayang yang dasyat-dasyat ah, kena r*g*l kena rompak kena bunuh. Kena bunuh sy rasa takpela jugak sebab mati terus takyah tanggung derita dunia, ni kalau kena r*g*l effect dia.... tak payah citela kan.
Mungkin orang tu tak niat yang jahat-jahat pun. Tapi tak payahla amik risiko.
Sy terus cakap nak balik cepat, jemput adik sekolah.
Kadang-kadang kita tak tahu orang sekeliling kita ni ikhlas ke tak. Dalam semua hal pun. Baik mungkin ada makna. Yang buat-buat baik tu lagi bahaya.
Ladies, take care of ourselves :)
Oh, selingan. Esok pagi saya nak balik Terengganu dah. Mama cuba halang tapi tepaksa balik awal sebab ada hal kena setel. Hihik terasa disayangi pulak! :D
Malam ni malam last, syahdu tu lain macam sikit rasa nak tido bawah ketiak Mama malam ni. Dan sayang nak tinggal adik-adik.
Dan rasa ralat sbb balik kali ni tak dapat jumpa gadis-gadis pujaan hati. Plan nak jumpa tak jadi :(
Going to miss you all.
Kali ni nak ikut jalan pantai la, serik dah jalan 'puaka' hari tu.
Eh siapa tau frekunsi radio area Pahang tolong bagitau please? Sy cuma tau Terengganu & N. Sembilan punya. Bila masuk Pahang selalu tune dah lost yang tinggal cuma bunyik treennggtrennggtrengg sokseksoksek. Sakit kepala aku.
Area Muadzam and Kuantan.
Babai Seremban. Raya nanti lah baru balik lagi kot :(


8 comments:
nak radio ape???
hii, awak bernasib baik..mana ada org servis nak kene test drive..kalau x..x tau la..
bagus cikmas. protect yourself. high level of suspicious is the best 1st line defense for women against pekara2 yang tak diingini. take care!
MNSKAOAB
tak pernah lagi akak gi servis keta pastu cina/melayu/india ajak test drive.....nasib pandai elak,...bagus2..
kalo aku ams kan...aku ikut je die test drive tu...aku xpikir ape..sgt mnempah maut kan aku??siyes,,aku mcm terpedaya ngn kebaikn die..euuww~~nasebla xjd kt aku.takot2.
-anis via komputer ofis
Anonymous 1: takpelah dah dapat. tq :)
Anonymous 2: hehe itula pasal. Takut ooh..nasib baikla kan! :D
Anonymous 3 a.k.a WRQ: yeah high level suspicious! tq bro :)
Kak Alawiah: Ya Allah ye eh kak? huu thanx akak :)
Anon 4 a.k.a yg sdg bekerja: ha aku tau tu! kau mmg sgt ssh nk sangka buruk kat org kan. lurus bendul tak betempat.ada pro n cons nye sfat cmtu :P
Allah jelah pemelihara kita weh. take care,babe. much love :D
btol mas...aku cume mmpu bedoa smoga Allah lindungi aku..sgtlurus bendul kalo aku folo ok~
sila berhati2 ye kawan2 semua..bersangka buruk atau lebih tepatnya suspicious dlm satu2 keadaan tu ada baiknya..gua salu set dlm minda gua itu mcm..stiap masa pandang serong kt org yg x kenal..kah2..
-MFS
Post a Comment