Melihat orang lain yang dah habis study contohnya seperti seniors, girlfriends boyfriends and cousins membuat sy rasa mcm ohemjaaayyy best gila dorang rezeki mencurah-curah!!! OK part tu rezeki masing-masinglah kan, apa yg lebih penting adalah semua orang nampak macam dah ada matlamat hidup masing-masing sebab dorang dah nampak jalan dorang dalam aspek-aspek tertentu seperti kerjaya, rumahtangga dan sebagainya.
Jadi semua tu membuatkan sy rasa terpanggil utk turut merenung masa depan jugak dan mula merangka perjalanan hidup. Baiklah ayat sungguh skema macam artikel majalah Solusi.
Tipu, Solusi lagi berat kot ayat dia. Kena baca dengan serius dan kerutan penuh di dahi.
Masirah Mukhtar Punya Life Line
Umur sekarang: 22 plus plus
Tahun pengajian: Tahun 3 setengah.
Tahun tamat pengajian: Disember 2012 insya-Allah kalau tak dibuang, accident mahupun mengandung. Budak mengandung ditangguh setahun pengajian sekali seumur hidup. Sekali je, mengandung lagi sekali ah sudahlah kau poie balik kampung yo lah produce anak tetiap taon! (dibuang terus daripada pengajian)
Umur pada waktu tamat pengajian: 23 plus plus nak masuk 24.
Tahun mula mengajar (bekerja): Awal tahun 2013 insya-Allah kalau pihak kerajaan mahupun pihak atasan tak buat onar.
Umur pada waktu mula mengajar: 24 la cincai kira.
Cadangan mohon tempat posting:
Pilihan 1- WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Pilihan 2- MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Alhamdulillah part pelajaran dan kerjaya sy dah nampak jalan sy. Tinggal lagi usaha utk capai semua tu dan doa jelah semua berjalan dgn lancar tanpa sebarang masalah serius yg menyebabkan pengajian tersangkut atau terhenti.
Dan lagi, bila dah mula kerja tu lagi banyak yang nak kena fikir. Time tu baru banyak target peribadi yg kena rangka dan capai.
Target 1:
Pergi umrah dalam tempoh setahun dari tarikh mula bekerja.
Target 2:
Beli kereta dalam tempoh setahun bekerja kalau keadaan memerlukan. Ah kereta mesti perlu babe!
Target 3:
Hadiahkan Mama dan Ayah pakej Haji dalam tempoh 5-8 tahun bekerja.
Target 4:
Bawak Mama pergi Australia waktu musim bunga tulip sebab Mama sangat suka bunga tulip kau tau!
Kalau ada rezeki lebihlah insya-Allah :)
Kalau ada rezeki lebihlah insya-Allah :)
Target 5:
Sambung belajar tak tahu bila dan tengok tahap kerajinan dulu :D
Mungkin malas :P
Target 6:
Balik Semenanjung selepas 5 tahun bekerja di seberang laut.
Target 7:
Kahwin kalau ada orang meminang dengan serius. Eceh.
Dan setia sehidup semati takkan berjauhan takkan mengabaikan takkan melupakan sentiasa sayang-menyayang nasihat-menasihati bimbing-membimbing ewah banyak bunyik plak!
OK setakat ni tu je. Mungkin orang lain ada impian yang lebih kebabom nak sambung belajar sampai peringkat yg takleh sambung lagi dah, nak kahwin grand-grand bawah tanah dalam laut atas langit, nak beranak-pinak sampai penuh sebuah bas, nak buat rumah sebesar gudang garam, nak itu nak ini. Impian sy semua simple je, itupun belum tentu dapat sy capai semua.
Apa pun semua ni mungkin berubah ikut peredaran zaman dan rezeki yang Allah bagi. Kita cuma merancang, Allah jua yang menentukan ye tak. At least kita ada target/wishlist yang nak diusahakan daripada hidup terhuyung-hayang takda hala tuju :)

KLIA 2010.
Senah, balik Malaysia cepat. Kami rindu nak dengar gelak terbahak-bahak awak :P
Oh ha, dah lama tak pegi airport. Rindu :)
Kalau nanti dapat posting Labuan, seronokla ulang-alik naik flight pergh mcm orang kaya siut.

Ahli Mesyuarat Tingkap :)
Rindu moments macam ni paham tak!
Baiklah sekarang memang perlu tido. Hari ni memang haru. Bersin seploh juta kali sampai melecet hidung sebab TER-makan sambal belacan. BELACAN ok, i sensetip! T____T
Semoga impian saya, awak, dan kita semua tercapai. Semoga Allah permudahkan dan berikan yang terbaik :)


10 comments:
semoga cita2 ko tercapai la ye cik ira.
kalau rindu airport apa kate aku sama paan balik lepas grad nanti ko datang sambut dengan bunga. agaga. aku nak bunga kalung macam india kawen tu.
ahah boleh boleh, aku bawak team thaipusam sekali siap gendang gendut sambut kepulangan korang.setakat bunga kalung tu tak style :P
terus rasa nak buat target mcm mas jugak even dah umur 28thn...eh lum terlmbt lagi kan hahahahaahah
hahaha ya Allah boleh la kak, tak lambat pun.. tapi akak kena ada target yg lg indah drpd sy tau then kena usaha lbh keras dr sy. hehe :)
all the best kak alawiah :)
warouq,,time ko blk mesia tu aku tgh cuti sem..ade mse nnt aku bawak grup taipusam gendang2 skali smbut kpulngn korg k~haha...
mas,aku cadangkan kalo ko nk bawak mak ko tgk bunga tulip...kt turki paling sesuai..australia best jgk tp kalo nk pmndngn yg byk bunga n cntik jgk kt turki lg sronok!siyes best ngn cuaca die sjuk jgk ikutkn...
aku pon nk adiahkn kt umi n ayah aku pakej haji bile da kje nnt kalo boleh...amin ya robb~
oh turkey eh? ok2, akan masuk dalam wishlist. tq for the info!! hehe :)
amin, insya-Allah smoga dipermudahkan demi impian mak ayah :)
hidup perlu ade visi ye?down kejap.haha
visi terdekat : kawen :PPP
gatai naaa
aku sngguh tak sangka ailysah begini jadinye weeeeiii! rsau lak aku tgk nye haa.. haha :D
Post a Comment