
Sejak sy mula-mula masuk maktab polis Ayah dah start tunjukkan kerisauan dan ketakmahuan beliau terhadap kemungkinan sy akan dipostingkan ke kawasan pedalaman dan Sabah Sarawak. Mungkin sikit sebanyak kata-kata Muhyidin Yassin yg lebih kurg bunyiknye
Guru Baru Wajib Mengajar di PedalamanKuala Lumpur, 3 Mac- Guru baru wajib dihantar bertugas di pedalaman selama tiga hingga lima tahun bla bla bla.............
lebih menambahkan kegusaran hati Ayah. Sy sndiri pun waktu tu mmg tak mau kena posting pedalaman lagi-lagi Sabah Sarawak. Tak sanggup youuu! Konon masa interview dulu bila kena soal: "Kalau kena posting pedalaman awak sanggup?" "SANGGUP, Encik" wakaka gilaa penipu besar tu semua taktik nak lulus interview la tu kan!
Tapi sekarang saya dah ubah fikiran. Saya memang nak! nak! nak posting sanaaaa.... *tekan keyboard lajulaju dan penuh semangat*
Last week sy luahkan keinginan dan kerelaan sy utk posting Sabah Sarawak. Tapi malangnya Ayah macam tak puas hati gila dan membantah. Ayah cakap "Awak nak pegi sana? Nanti tak dapat balik [posting] sini baru tau!" Saya jawab "Takpe, duduk sana dalam lima tahun boleh kumpul duit banyak-banyak lepastu apply pindah sini terus boleh kahwin!" Hah menjawab menjawab!! -____-
Lihat, suci kan niat saya nak pegi sana semata-mata nak kumpul duit utk kawin. Nampak tak betapa sy yakin bahawa satu hari nanti sy akan bertemu jugak dgn Putera Katak Putera Cantik [Prince Charming] saya huah huah huaahhh :D
Sila nyatakan tiga (3) sebab kenapa anda mahu dipostingkan ke Sabah Sarawak!
Sebab 1 - Ini memang sebab paling utama: DUIT/gaji lebih.
Elaun sana tinggi wohh! Tolak pi tolak mai beza gaji dgn cikgu Semenanjung mencapai seribu lebih sedap tak sedap tu kan. Kalo duduk lagi pedalaman lagi banyak. Saya penah tanya senior sy dia nak posting mana. Dia kata Sabah Sarawak, sebab nak kumpul duit lepastu dlm tiga tahun balik kampung dah buleh beli tanah beli rumah beli peti ais segala. See see? Semua org ada matlamat yg sama kan. Tapi tu senior lelaki lah hehe..kalau tanya senior perempuan yg dah ada suami atau pakwe dorang jawab "errr..err..akak nak posting ikut suami/bakal suami akak" sambil buat muka malu-malu ahak ahak bajet manja je akak ni kan! Takpe sy paham kehkehkeh :D *muka nakal*
Guru perlu mendidik dengan ikhlas, bukan kerana gaji, guru perlu sanggup berkorban demi anak bangsa tanpa mengharap balasan.
*Gigit kuku* Ptuiihh masin! Heh, memang..lecturer ktorg penah cakap: "Kamu perlu jadi guru yang proaktif, produktif, pro apetah lagi kan, jangan jadi guru 23 haribulan! Kamu tau guru 23 haribulan??" Tak tahu... "23 haribulan, hari masuk gaji. Setiap bulan tunggu 23 haribulan, dapat gaji terus pegi cucuk. Tapi kerja malas, tanda buku pun malas, duduk atas kerusi bela perut buncit!" hah, terbukti itu cikgu lelaki, bukan cikgu perempuan hahaaa :P
Tapi manade benda kat dunia ni yg tak pakai duit kan bro. Kerja cikgu memang takkan kaya. Habaq mai, cikgu mana yg kaya? Kalau yg ada bisnes tu lainlah. Keje cikgu bukan macam engineer ke dokter ke arkitek segala tu yg buleh dapat gaji ribu-riban. Mungkin nampak mcm sy mata duitan, nak kejar harta dunia lah ape lah tapi sy memang taknak hidup susah. Tak mintak jadik kaya raya mcm Datuk Siti dan Datin Khalid Jiwa tp cukuplah setakat ada saving untuk masa depan.
Sebab 2 - Mahu jalan ke tempat orang
Sementara masih single, belum bersuami malah belum berpakwe *ecehwah macam promote diri plak haha ngok ;P* baik pegi jenjalan puas-puas. Tengok2 tempat orang, belajar budaya dorang, belajar bermasyarakat. Esok-esok kalau ada jodoh, dah kawin belum tentu suami ngko nak bawak ngko gi jenjalan camtu. Mana tau suami kau tu nnt takde duit.....
Sebab 3 - Jauh berjalan luas pemandangan, luas pemandangan luaslah peluang betemu calon suamiiiii :D
Ahakhak okay ini alasan paling gedik sumpah gedik nak mams! Hah tapi betul jugak, Mama selalu kata: "Nanti bila awak dah keje, awak akan jumpa raaaamaaiii orang. Masa tu mungkin awak akan jumpa orang yg awak suka" Okay, so kena target bila dah keje nanti boleh mula mencari. Mana tau jumpa jodoh atas flight dgn ckgu baru yg kena posting ke sana jugak ihikhik. OMG tolonglah tolong, jangan bagi sy ckp pasal jodoh-jodoh dan kahwin-kahwin ni nanti kalau tak kawin-kawin sampai tua kan sy yang termalu sendiriiii sobs -______-
Okay tolong berenti merepek. Lambat lg kau nk habes belaja dah sebok nak cakap psl posting! Blahlah kau boooo booo!


2 comments:
Alhamdulillah berubah jugak kwn aku ni...muahahaha.. *gelak jahat*
tp btul kan Mas, mmgla kita ni jd cikgu (and ape jenis job ) kene ikhlas mn blh buat keje smbil lewa.. x blh x blh nnt makan duit yg x berkat.. tp x salah kalo niat nk dpt duit lbih. ececeh kaya la kau nnt blanje aku jgn lupe tau!!! :D
ahaha ape maksud kau nash!berubah dr ape ke ape ;P
yeap btul, ape sje yg kte buat kenala ikhlas kan. Well,insya-Allah ade rzki kalau posting sane, then balik sini boleh aku blanje kau dan anak2. make sure time tu kau dah beranak pinak okay.haha :D
Post a Comment