Nota Atas Angin:
Girls do not cheat, but they easily fall in love with many boys at the same time.Boys do cheat, but there is only one girl that they love the most.
Yeaayy makcik kaya!! Dapat gaji sebab hari ni hari last keje part-time selama sebulan. Tiba-tiba sy rasa macam comel gila sebab keje buat karipap. Hahaha serius takde kaitan. Yang comel tu karipap, bukan kau lah! =_____=
Oh, tiba-tiba terasa nak buat entry pasal ayat lelaki yang selalu buat perempuan hanginnn gila. Lelaki tu tak kisahlah ayah kita ke kawan ke bopren ke pakcik ke mahupun suami kita. Eh, suami awaklah bukan suami saya. Kejadian berlaku dalam pelbagai situasi yang similar.
Situasi A
Seorang lelaki, Si A bukan nama sebenar sedang meluahkan perasaan marahnya kepada geprennya, Si Milah bukan nama sebenar jugak.
A bukan nama sebenar: "Abang bengang gilalah dengan si Darus tu! Dia tau kan Milah ni gepren abang! Yang dia nak kacau daun tu apahal? Dah takde perempuan lain ke dalam kampung ni haa??"
Milah bukan nama sebenar: "Ala bang, itu cerita 10 tahun lepas. Masa tu Milah pun berhingus lagi. Yang Abang ni baru sekarang nak ungkit apasal?"
A bukan nama sebenar: "Abang bukan nak ungkit. Tapi tadi dia datang jumpa Abang nak mintak maaf pasal dia ngorat Milah dulu. Huh, dia ingat senang-senang Abang nak maafkan? Ptuiihhh!!"
Milah bukan nama sebenar: "Dah la tu Bang, kan dia dah mintak maaf. Abang maafkan jelah. Nabi pun ampunkan ummat, bang..."
A bukan nama sebenar: "Ahhh, itu Nabi. Abang bukan Nabiii!!!"
Hek eleyy......
Hek eleyy......
Situasi 2
Seorang kakak dengan penuh kasih sayang telah membancuhkan segelas Milo panas untuk adik lelakinya yang berusia 7 tahun. Selesai minum, adiknya selamba badak tinggal gelas kosong tersebut atas meja. Lalu si kakak menegur dengan benganglah jugak sbb dah banyak kali adiknya berperangai macam tu. Perangai macam boss, buat mak dengan kakak macam org gaji.
Kakak: "Oii oii... tolong basuh boleh tak? Pandai minum pandailah basuh!"
Adik Lelaki: "Ah, awak tu anak d*ra, anak d*ra lah kena basuh. Tu kan keje orang perempuan."
Kakak: (Bercakap dengan laju tanpa noktah dan dalam satu nafas) "Eh assalamualaikum takde manenyelah dalam Quran takde kata pun anak dara ke orang perempuan ke yang kena basuh pinggan masak kemas rumah ke hape hooiii Nabi Muhammad pun tolong isteri dia buat kerja dapur laahhhhh!!"
Tiba-tiba si Ayah menyampuk: "Itu Nabi Muhammad..........."
(Efek api menyala-nyala atas kepala si kakak)
Menyampah......... =_______=
Situasi 3
Sepasang suami isteri sedang berbual-bual ringan di atas katil sebelum tidur.
Suami: "Ayang....nak tahu tak, dekat Office abang tu ada orang baru masuk kerja."
Isteri: "Oh yeke... Pak Guard yang gantikan Brader Hamid hari tu ke?"
Suami: "Eh bukan... dia ni perempuan. Kesian dia Yang, dia ni balu anak lapan. Tapi dia kerja tukang bancuh air je kat office abang tu. Sedih cerita dia Yang, laki dia mati masa anak dia yang no. tujuh tu dalam perut lagi."
Isteri: "Eh? Habis tu anak no. lapan tu mana datang?"
Suami: "Err...itu...itu anak dia dengan abang. Dia madu Ayang lah...heh heh heh"
Isteri: "Madu? Abang! Bila abang kahwin? Sampai hati Abang. Apa kurangnya Ayang? Ha? Cakap bang cakap!"
Suami: "Eh Yang, relaxlah.... Ayang patut bangga, suami Ayang ni dah laksanakan ajaran Nabi. Kahwin banyak tu kan sunnah Nabi....."
Isteri: "WhatTheFrog!!Pasal kahwin pandai pulak ikut sunnah, puasa solat semua taknak ikut! &%$#^&*!!!! (mencar*t)"
Ye itu situasi yang paling perempuan bengang. Menyampah sepuluh juta kali =_______=
Bytheway, Situasi 2 tu memang sy alami sendiri. Masa tu teremosi dengan Si Tawfiq, tapi dengan Ayah sekali kena marah hehe. Sorry Ayah, tak niat nak menderhaka :P



3 comments:
awak comel la!!!!
tak, karipap yang comel -_______-
emmm, ade btol gaklah pe yg ko tulis neh,,,,,,,
malu aku sebagai seorg kaum ADAM.......
Post a Comment