Baiklah, entry ni sebenanya ditujukan khas buat Cik Nashie since hr tu beliau ade tanya camane cara nk buat Roti Bom memandangkan beliau selalu starving macam saya jugak. Tak taulah beliau serius ke tak nak belaja buat benda ni tapi sy mcm ter-rajin nak ajar cara buat roti ni siap shooting lagi tau. Ha jangan main2 you, dah macam Chef Wan plak ha rasa.
Tapi mcm tak best ajar Nash sorg, nanti ilmu tak tersebar. Jadi kalau si jelita-jelita yang lain nak belaja sama lagi bagos. Kita belaja sama-sama, buat sama-sama dan menggemok besama-sama! haha saya suka saya sukaa!!
Oh tapi sebelum tu, sy nk panggil roti ni Roti Bantal ok, taknak Roti Bom, tak best.
So here Cik Mas Poyo nk ajar jelita-jelita semua. Eh bukan ajar, cuma bagitahu. Sy tak layak nak ajar2 ni, ilmu tak tinggi.
OK Cik Nashie, mari masuk dapor.
Eh eh tapi sebelum tu, aku nk pesan sikit. sebelum memasak pastikan kuku kita pendek ok. so kalau kuku panjang pegi potong dulu. Bukan ape, aku penah baca kat mana tah, benda tu tulis, seorang ibu yang berkuku panjang dan dia memasak utk anak2nya, kemudian anak2nya memakan makanan yang dimasak, akan menyebabkan anak2nya menjadi bodoh dan degil kerana kuku yang panjang itu terdapat banyak kotoran di dalamnya. Aku tak tahu benda ni betul ke tak tapi make sense kan? Walaupun kita belum jadi ibu lagi in fact jadi isteri pun belum tapi kita praktik awal2 la kan mana tau cuti panjang hujung tahun ni nnt tiba2 kena kahwin paksa ke at least kita dah ada teori pasal ilmu2 rumahtangga ni hikhik [gelak gedik].. fine, merepek.
Jadi inilah ghoman Roti Bantal tu aa ha. Kalo beminat boleh terus scroll down utk tengok proses pembuatannya. Wah teringat zaman sekolah rendah dulu buat karangan pasal proses membuat kain batik di kilang kain batik <--- eh mcm takde kenamengena je.
Baiklah bahanbahan yg kita perlukan cuma 4: tepung gandum, garam, susu pekat dan air panas. Simple bukan? :) Baiklah, ikuti langkahlangkah seperti di bawah [gila poyooooo!!] Ehhh aku serius ni. Belaja betul2.
1) Memula taruk tepung dalam bekas yg dinding dia tinggi dan lebar. tolonglah jgn taruk dlm pinggan, terabur tepung kang.
OK untuk pengetahuan kau, aku kalau nk belaja benda baru macam memasak terutamanya, aku cukup tak suka bila resepi dia org tu tulis/cakap quantity yg samar2 mcm "bawang sikit, garam sikit, gula sikit, toksah banyak sangat, agak-agaklah". Men agak2 ni yg aku paling tak reti ni. aku bukan biasa masak kan.
Macam kakak aku, dia manusia yg paling aku bengang bila aku tanya dengan wajah yang eksaited gila "ehh yong camane nak buat ni? ajar!" pastu dia jawab "buat jelah" waahh aku mmg rasa nak sepuk dia kuat2 tp pikirkan dia kakak yg aku syg n hormati, aku saba je.kalaulah Alang yg jawab kat aku mcm tu mmg aku sepak bont*t dia. Memandangkan aku tak suka org buat mcm tu kat aku, jadi aku taknak buat mcm tu kat orang lain. So aku akan bgtau dgn detail segala kuantiti bahan yg aku guna n step2 yg perlu. OK kita smbung, sorry tadi iklan kejap.
2) Anggaran tepung utk percubaan pertama ni adelah dalam setengah kilo. Tak yah poyo gi amek penimbang weh. amatur gila hahaa. Agak-agak setengah plastik tepung tu je lah, 1 plastik kan samadengan 1 kg. Masukkan tepung sikit2 ye sbb nanti bila taruk air mesti nak kena taruk tepung balik sbb cair.
3) Sekarang kena masukkan garam, susu pekat ngn air panas tu. OK utk setengah kilo tepung ni aku estimate garam dalam satu sudu kecik kot, then susu adelah aku taruk dalam 5-6 lingkar besamaan dengan dua sudu besar rasanya. Alah masukkan je dulu, pastu boleh rasa. Kalau tak sedap boleh tambah. Tepung mentah tu sedap tau. aku suka ratah haha. ei sebenanya taklah mentah, dah separuh masak sbb kita gaul dia guna air panas. masak jugak kan, macam megi masak ngn air panas jugak kan. eh tak pasal2 masuk pasal megi plak.
OK, Masukkan air panas sikit2.
OK, Masukkan air panas sikit2.
4) Gaul tepung ngn air smpai rata. mula2 guna sudu ke senduk ke pastu bila nak uli gunalah tangan. mana ada org uli guna senduk hoho. Sbb tu aku ckp td kuku tangan kena potong n bersih sbb kita kena uli 99% guna tangan. careful yek, sbb panas. Aku agak tak tahan jugak, pedih tangan. Tunggu sejuk sikit. Uli dan uli dan uli dengan sabar ok, sambil tambah2 tepung sikit2 kalau dia still melekat2 and lembik2. Hah time ni mmg kena gigih sebab lenguh main uli-uli ni. Boleh naik muscle tangan ni ha. Tapi takpe nak makan punya pasal kan yg penting nafsu makan dapat dipenuhi haha.. :D

Akhirnya aku dah tak larat nak menguli so jadilah doh tu mcm ni. Time ni pastikan rasa dia dah ngam manis masin suma cukup. Kalau aku, aku lagi suka masin drpd manis. Apa barang roti manis-manis ni. Masin la best bia pecah ulser kat mulut tu hoho [aku tak penah kena ulser mcm kau Nash, sorry aku belagak sikit]
Lepastu kan, cubit2 doh tu, gentel2 lebih kurang saiz bola pingpong, susun jarak-jarak atas bekas leper.
Macam ni ha.
Haha saiz tak konsisten kejap besar kejap kecik gila selekeh. Takpelah, nak makan kita-kita je kan. Jangan tnjuk kat bakal mak mentua dlm keadaan camni ok Nash ;p
5) Biarkan tepung yg dah digentel-gentel tu paling kurang setengah jam bagi dia naik gebu n kmbang sket. sementara tu kau boleh pegi sidai baju ke siram pokok ke basuh kete ke. [suri rumahtangga berjaya]
Bila dah agak2 ready nak masak, tuang minyak dalam kuali. Guna kuali yang bont*t dia dalam. memanglah kuali bont*t dalam, kalau leper namanya pan. Ada rasional dia. Bukak api sederhana.
Minyak sebanyak ni lebih kurang. Memang banyak. Jangan tekejut tapi memang kena banyak! Isshh~
OK sekarang aku tepaksa guna video sbb tak bleh cerita guna gambar cara nk masak roti ni. Guna gambar tak nampak, guna tulisan lg lah tak nampak. So tak yah cite panjang, tengok video ni betul2 n cuba pahamkan. Kalo tak paham angkat tangan, nanti cikgu terangkan.
Nampak tak murid? Mula2 tenyeh-tenyeh penyek-penyek dulu doh yg bulat tu bg leper tapi jangan smpai koyak. Petua dia, bahagian tengah bia tebal sikit dari bahagian tepi barulah nanti dia menggelembung dengan comel sekali. Sebab tu nampak kan aku penyek2 lebih kat bahagian tepi dia?
Seterusnya [ayat skema], bila dah masuk roti penyek tu dalam minyak, kena cepat2 amek senduk n 'mandikan' roti tu dgn minyak tu. maksudnya kita kena curah curah curah curah minyak atas dia. Sbb tulah dia bleh menggelembung dengan cemerlang! Cuba kalau kita tak curah minyak tu, roti tu akan tergoreng dalam keadaan rupa yang penyek macam kita mulamula masukkan tadi tu. Tak comel.
Ahhah! Roti bantal siap. roti ni kalau nk makan saje pun dah sedap rasa dia macam lemak2 sikit tp sbb aku takut housemate aku taknak makan memandangkan ini benda baru bagi dorang, so aku buat jugaklah kari daging cincang sket bagi penambah selera. Tapi entahlah kari daging dah jadi kari kentang sebab kentang banyak sangat.

OK Nash kalau kau ada terniat nak kata "Waahh Mas kau pandai masak! Habis tu kau sebok2 kata kau tak pandai masak tu apahal?" tolonglah jangan teruskan. Tak sedap pun kari ni ye. Aku masak dengan cuak sbb ini first time aku masak kari. Terlalu cuak takut tak jadi. Sambil masak tak putus2 main jampi "marang kerapu marang skepper jadilah kau kari jadilaahh!!"
aku kena improve lagi bab masak memasak ni. ajja!!
Itu tangan rakus housemate2 aku. Tak sangka dorang sangat eksaited tgk roti ni n berebut-rebut nak try buat tapi kelaka sbb bentuk roti tu jadi macam2.huhu. riuhrendah rumah petang tu.
Cuma satu kelemahan roti ni, dia kena makan waktu panas2 tu baru cun. Sebab bila dia sejuk roti ni akan kecut dan mengendur dah tak lawa tak tegang macam kulit remaja. Dia menggelembung semata-mata sbb panas. boleh guna konsep sains utk penjelasan yg lebih berkesan tp sorry aku tak pandai sains.
Tapi struktur je berubah, rasa dia tak berubah. Sedap kita buat, sedap lah sampai esok lusa pun.
OK CIK NASHIE dan jelita-jelita semua, SELAMAT MENCUBA!!
Oh, aku ada lagi satu paper last on 15th ni. Sila doakan aku okeh. Saya budak malas belaja.
eerrr...saya lapar gila tiba-tiba T__T
Banyak sgt OK OK OK dlm ni menyampah gila gedik nah






10 comments:
Mak terharuuuu nyah! jadi aku wajib akan buat 'pillow bun' ni.. (sedap x nama yg aku bagi ni?) tp bukan skrg la mek, balik KL nnt i buat ye, sbb skrg umah aku dh clean seclean-cleannye akibat nak pindah dh. kat dapur ada kuali je, sgla minyak masak minyak cap kapak aku dh bungkus dlm kotak.hoho...
time kasih.. i lap yuuuu lah.. aww aww! :D
btw kau pandai masak. aku pun slalu je freak out bila msk, kelam kabut mcm kene kjar anjing gila..hoho. yg penting bc "bismillahillazi la yadhurru...... (kau smbung sndiri ye)"
doa mintak org yg nak mkn mskn kite x sakit perut n bg diorg suka dan kenyang pastu puhh puhh kau hembus dlm mskn kau.hehe.. itu petua nenek aku la... so far alhamdulillah xpernah ada org sakit perut mkn hasil aku. Lol...
tp learning is the process, lama2 nnt dh ada anak mesti kite terror msk punyela wa ckp lu. Ameen :)
thanks again for the recipe, aku mmg smngat nak wat ni, tp xtaula plak kan kalo dh balik msia maleh nauzubillah bile dh ada 24/7 kedai mamak.hehe
Ehh mas, x leh ke kau psng byk2 lagu?knapa mesti hanya ada satu je lagu?
kuajjaaaaa..tenampak kari daging cenggitu time2 kelaparan dan kesejukan ni..isk.. sampai ati ko cik sirap.. kalo aku kene gastrik sume salah ko.
nashie: ade banyak lagu,haha. saje buat satu2 je. jap, aku tukar lagu lain.
warouq: haha apehal aku plak salah.kau gastrik salah perut kau lah~
meh makcik nk ajar wat roti arab!haha
makcik lupe nk letak name plak...haha
sape tau bt kek????rse cam best je bt kek........
tau tapi tak pandai..haha.
jomlah buat,musnahkan dapor rumah..hekhek.. :D
Post a Comment