Benda alah kotak ni dah bertahun kot bertapa dalam bilik ni. Duduklah dia sesorang kat cerok dinding tu takde sape pun pedulik. Kadang-kadang tengok macam jamban awam bergerak tu je haa.. kesian gila.
Kebetulan sy sedang mengGEMOK dengan cemerlang ni, jadi sayelah yg bukak balik benda yg dipanggil Steam Box ni kerana sy amat memerlukan khidmat beliau untuk kurus. Tolooonnggg tooloonnggg sy mahuu KURUSSSS!!!!! T___T
Well, inilah sauna box. tak mampu nak ade sauna room mahupun spa sendiri, nak pegi spa kat luar pun mana ade duit bro hujung2 thn ni. Jadi ini jelah yg termampu, sauna jamban. Hah ingt karaoke je ade 'karaoke jamban?' Ni ha 'sauna jamban' :P
Nasib baik dulu Ayah sangat boros pegi beli mendalah ni, mcm dia tau-tau yg anak dia bakal gemok satu hari nanti wahahaaaaa bijaakkk bijaakkk ayah sy!
Aktiviti mandi sauna setiap hari ni sy lakukan bersama Mama tapi tak muat masuk dua-dua orang jadi kena take turn :) Nak mandi sauna, memula kena pegi kutip segala daun kat luar rumah yg Mama tanam. Untung jugak buat keje ni so sy mula kenal nama and rupa daun-daun tersebut. Daun limau purut, daun inai, daun pandan, daun kari, daun lemuni. Mama kata, daun pandan ngan limau purut untuk bg wangi, daun inai untuk naikkan seri wajah and daun lemuni untuk awet muda. daun kari tak taulah plak fungsi ape, maybe lepas mandi sauna boleh titik-titikkan peluh dalam kari yg tengah masak kat dapur kot bagi tambah perasa wahahahaaaaa. Okay tak lawak. -_____-
Pastu kena tambah halia yang diketuk-ketuk sikit dan jugak limau nipis yg dipotong dua untuk bantu proses pengurusan badan..heeee..... :D
Alah macam losyen Yusmira Pati Halia ngan Pati Limau tu kan... konon-konon pakai losyen tu bleh shaping body. Kuruskan peha la perut buncit la bagai. Entah ye entah tidak, entah buaya entah katak?? [pantun dua kerat] Kalau tak work out, tak jadi jugak rasanya... membazir duit mak ngko je beli berkodi-kodi mende tu!
Pastu set time 60 minit, boil daun2 dalam periuk dia selama 20 minit bg wap-wap dia panas dulu. Pas 20 minit kita pun masuklah ke dalam kotak ajaib Doraemon melalui pintu kemana-mana sahajaaaa heeeeee!! :D
Peace!! Kena bakar....panas seyh. duduklah ngko dalam tu menadah peluh... memang tak senang duduk dalam tu. panaasss panaass.... tapi berbekalkan semangat jitu untuk kurus langsing, SAYA HARUS TABAH!!! -_____-
I heart you lah darling! muah muah!! hahahaaa :D [gilo]
Dalam setengah jam, bolehlah keluar dari kotak jamban yg menyeksakan tu. Pastu boleh tengok peluh menitik-menitik uuuuu hotnye mommy hotnyeee... kain basah 100%. Oh, people should expect that orang yg mandi sauna mestilah seksi kan heheee...cuma pakai kain batik. So sape nak mengendap time ni lah paling best hahahaaa *dush dush, diamlah oi!*

Awww seksi youuu!! hiks :D


6 comments:
ape barang mandi sauna 30 minit. tido terus la dalam tu. bawak bantal sama. kompem keluar2 je ko dah bole ngorat pakwe kat terminal One.
heheh, kuajaqqq tu bro..terasa aku, habis sekarang aku tak cukup menawan utk pegi ngorat pakwe kat terminal 1 la??hahahaa [bunguks ;p]
wahahahahaha. ko gune pekataan menawan tu buat aku tegolek2 ke balakang pegang perut.
ok la, ok la. men2 je. gi la terminal one tu ha. ahaha
gua tak layan Terminal 1 la bro..tu tmpat budak2 skola br nak blaja becinta.takde class.haha.. baik aku pegi Pavilion, ramai sugar daddiesss.. ;p
mandi bunga la =)
mandi bunga tu utk nk senang dpt jodoh org kata. haha ape ni aku belum andartu laa!
Post a Comment