Kadang-kadang seronok jugak bila buat tindakan drastik kan.
Contohnya macam tengah duduk-duduk tiba-tiba teringat nak balik Seremban, terus pegi stesen bas, beli tiket bas pukul 9.00 malam, then terus naik bas sorang2 pukul 9.30 malam, tuptup pukul 5 pagi dah jejak kaki dalam rumah sendiri yang kat dalamnya ada Mama, Ayah, n adik-adik.
SURPRIIISSSEEE!! hehe kononnye.... ;p
Saya pun nak jadi macam Ayong, dia suka balik rumah tiba-tiba, pukul 3-4 pagi sampai rumah drive sorang2.
Well, puas hati dapat tengok muka mama & ayah, dapat salam, peluk n kiss dorang.
Ayah cakap "Ni balik senyap2 mcm nak gi operasi gerak gempur je"
Haha melampau Ayah ni tau, angah bukan askarlah.. :D
Meow ni kata "HOME SWEET HOME!"
Hehe tengkiu tengkiu! >,<
Mama, Ayah..Angah balik ni nak jumpa Mama n Ayah, nak mintak restu... Minggu depan exam heeee..... :D
Halalkan makan minum angah, halalkan susu yang mama bagi masa kecik2 dlu hiks ;p, ampunkan salah silap angah. doakan angah dipermudahkan jawab exam.
OK 3-4 hari lagi baru balik Ganu yek... ye baiklah baiklah, saya nak stdy la ni ok! :)))
NotaKaki: Bila kita berdoa, Allah pasti akan makbulkan. Tapi Dia tak bagi ikut apa yang kita mahu, Dia bagi ikut apa yang kita perlu sahaja. Selalunya, yang kita mahu bukan yang kita perlukan. Yang kita perlukan, bukan yang kita mahu.. :)



4 comments:
aku mcm kenal ayat last tu. " Allah berikan kita apa yg kita perlukan, bukan apa yg kita mahukan, kerana apa yg kita mahukan, xsemestinya itu yg kita perlukan." indeed. :)
eh alamak dun misunderstand, x refer sape2 tau..huhu.. ;)
aku xkate pon kau refer kt sape. aku kate, aku mcm kenal. adoi, eja betul2 ye mek. kah3 ;p
haha takdelaa..takot ade org tu terasa...bluekk! ;p
Post a Comment