Tuesday, August 3, 2010

Mana Ibu? Ibu, jangan tinggal saya!!

Pandangannya gelap.. tapi telinganya pantas menangkap satu suara...
Suara mengerang seorang wanita..  Dia seperti kenal suara itu..
Oh, itu suara ibu! 
Selama dia di dalam rahim ibunya, seringkali dia mendengar ibunya mencaci dirinya, memaki dirinya dan kadang2 dia dpt merasakan ibunya menumbuk2 perut tempat di mana dia berada...
Entah kenapa, dia tidak tahu...
Kalau selama dia di dalam rahim wanita itu, dia selalu mendengar suara wanita itu menangis, meraung, tetapi hari ini suara itu kedengaran sayu dalam kesakitan...
Dan dia... dia ingin segera keluar dari tempat gelap ini!

Tiba-tiba dia terlihat sedikit cahaya biarpun matanya masih tertutup rapat..
Tubuhnya terasa sejuk, tidak lagi suam seperti ketika di dalam rahim ibunya...
Terus dia menangis, tanda syukur kerana dia kini telah lahir ke dunia..
Dia gembira, kerana dia bakal melihat wajah ibunya, dia bakal menikmati susu ibunya, dia bakal dipeluk oleh ibunya... 
Dia tidak sabar menanti saat indah itu!

Dalam keadaan mata yang belum dapat melihat, dia menunggu ibu membelainya..
Dia menanti ibu mencium pipinya.. sebagai tanda meraikan kelahirannya ke dunia..
Dia ingin merasa pelukan kasih daripada ibu... kerana sememangnya fitrah manusia dijadikan dengan kasih sayang..

Tapi........tapi kenapa dia dicampak di sini? Di tempat ini.... kotor... gelap... busuk!
Dia dapat merasakan ibu mula menapak meninggalkannya...
Dia meraung.... "Ibu, jangan tinggal saya!!"
Tapi ibu tetap melangkah.......tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.....
Dia meraung lebih kuat, mengharapkan simpati si ibu.....
Dan tiba-tiba, dia terdengar suara garang si anjing jantan..berlari laju ke arahnya.... 
Dia takut! Dia menangis lebih kuat... "Ibu.... mana ibu?? Jangan tinggal saya..."
Si anjing jantan pula terus menerkam..... menikmati daging segar di depan mata..............

Ya Allahhh..........!! (T_T)

P/S 1: Cerita ni adalah rekaan semata-mata. Tapi memang berkaitan dgn yg hidup dan yg dah meninggal.. Isu anak luar nikah plus buang anak dah jadi satu trend kat M'sia..  Ngeri! Kenapa manusia sgt kejam? Kenapa Melayu, Islam jd sehina ni? Sungguh, kiamat makin hampir.. 

KALAU TAKNAK ANAK TU, JANGANLAH BUAT... STUP*D!!!

(Entry yg sengaja tak diletak gambar..tak sanggup letak pic mayat baby2 tu... KEJAM! T,T )


P/S 2: Saya nak tido awal mlm ni... GOOD NIGHT!! :)

4 comments:

rauna said...

tacing gak citer ko ni

Cik Mas said...

"Touch my heart.." :P

Muhammad Warouq bin Qamar said...

aku nak nangis. dem.

Don Daughter's said...

KERANa NAFSU tlh mnJD raJA

DLM dri manUSIA


kalaULAh khadIRAn Dy x dipERLUKAn?

perlukaH "ibu dAn BApa" memulakAN SEGALanyA?