Monday, June 7, 2010

ANUGERAH TUHAN YANG ISTIMEWA


Aku hantarkan kepadamu seorang anak istimewa untuk kau kasihi dengan nama-Ku
Untuk kau kasihi sepenuh hati dan kau ajarnya seperti biasa
Justeru ia tidak seperti kanak-kanak lain, juga ia tetap tidak akan menjadi seperti mereka
Tapi kau harus mengasihinya seperti yang lain, dan menjaganya untuk-Ku.

Aku tahu kau menangis 'Mengapa dia, Mengapa kami' tapi kau tetap aku perlukan
Dan kerana itu dengan kasih sayang dan amanah, Aku memilihmu
Maka janganlah kamu membelakanginya
Jika kamu menerimanya seadanya, kedua-duamu pasti akan beroleh kebaikan.

Dia mungkin tidak mendengar atau melihat atau berlari seperti yang lain
Tetapi dia menjadi milikmu dan dia akan mendapat semua panduan daripadamu
Jalannya sukar, dia meremukkan hatimu tapi Aku berjanji bila dia tersenyum padamu, kesakitanmu segera lupus

Dia perlu belajar tentang hidup. Justeru, Aku memilihmu.
Dan dengan kasih sayangmu yang memandunya, Aku pasti kau dapat melaksanakannya.
Jangan cuba lihat ke depan, Aku tak janjikan pada sesiapa.
Nikmatilah hidup ini setiap hari dan bergembiralah dengan anugerah-Ku yang ISTIMEWA....










P/S: Saya 'seme-seme' smpai tak bleh bangun semalam...Tpaksa sumbat tisu dalam hidung sbb mukus sangat terhegeh-hegeh ingin kluar dr idung....Tak suke tak suke tak suke!!!

2 comments:

rauna said...

CiK MaS yang penyayang!

Cik Mas said...

blueekk... :P sy garang!